EPISOD SATU.
“Mira,
kau nak buat apa ni? Selongkar beg Apit ni?”
“Shila, kau diam je kat situ, tengok kalau ada
orang nak datang sini,” kata Mira yang sedang bermuka penuh dengan kenakalan.
“Mira, Apit datang. Cepat-cepat…”
Mira dengan kelam-kabut menutup kembali beg
Apit setelah dia meletakkan sesuatu di dalamnya. Sebaik sahaja dia hendak
keluar, Apit sudah berada di pintu kelasnya. Apit memandang Mira dengan
jelingan yang tajam. Mira hanya tersengih-sengih.
“Mira, kau buat apa dalam kelas aku hah?”
“Aku….cuma…..nak….tengok-tengok
kelas kau… Cantik… Siapa yang hias ni? Patutlah kelas kau selalu menang,” kata
Mira, menipu.
“Apit, kawan aku panggil tu, aku pergi dulu
ye. Babai! Hati-hati dengan tikus,” kata Mira lagi. Dia terus keluar dengan
senyuman gembiranya sehingga menampakkan giginya.
“Apahal budak ni? Sawan ke?” kata Apit,
sendiri. Dia keluar dari kelas dan menjerit, “Mira kena sawan anjing!” Apit
ketawa nakal selepas berkata begitu. Mira menoleh dan memberikan terus
senyumannya.
“Pelik. Dia tak kesah langsung aku cakap macam
tu. Budak ni apahal? Sakit ke?” Apit dengan perasaan bingung terus masuk
kembali ke kelasnya dan duduk di tempat duduknya.
“Apit, kau kata nak ambik enset kau. Punya lama aku tunggu kat bawah. Eh, Mira tu apahal?
Senyum sorang-sorang,” kata Ekal yang merupakan kawan baik Apit yang kepenatan
mencari Apit.
“Oh, lupa. Sorry
Ekal. Jap aku amek.” Sebaik
sahaja Apit membuka begnya…
“Argh!!! Kurang ajar. Rupanya ni kerja dia.
Patutlah senyum-senyum. Ada
akal kenakan aku rupanya. Ekal, kau tunggu sini jap.” Apit, keluar dari kelas
dan terus berlari mencari Mira. Dia melihat dari tingkat atas ke bawah. Mira
sedang memegang sebuah buku dan berdiri seperti menunggu seseorang. Dia masih
tersenyum. Apit terus menjerit namanya dari tingkat atas dengan sekuat hati,
“Mira!!!!!”
Mira yang mendengar namanya disebut memandang ke arah Apit dan ketawa. Dia menjelirkan lidahnya ke Apit dan terus berlari.
“Mira, jaga kau!” Apit menuruni tangga dan
terus mengejar Mira.
“Mana Mira ni? Ekal, kau ada nampak Mira tak?” kata
Shila.
“Mira? Tu kat bawah tu… Tengah main
lari-lari dengan Apit.”
“Laa… Kali ni apa pulak?”
“Kau nak tahu? Mira masukkan sampah banyak-banyak kat
dalam beg Apit. Mengamuk lah dia.”
“Patutlah tadi dia suruh aku jaga pintu kelas kau.
Rupanya, dia tengah buat projek. Mira… Mira… Kelakarlah aku tengok diorang ni.
Lepas ni mesti Apit balas balik.”
“Kau tahu, takpe. Macam budak-budak kan? Bila lah agaknya kita dapat tengok
diorang berbaik.”
“Eh, Ekal. Diorang sebenarnya suka sama suka kan? Aku boleh nampak
dari lagak diorang. Masing-masing taknak mengaku.”
“Aku perasanlah jugak. Bila aku tanya Apit, dia
betul-betul bangkang dengan kenyataan aku tu. Betul-betul tak suka dia dengan
Mira. Tapi, kacau jugak si Mira tu.”
“Hihi… Mira pun sama.”
EPISOD DUA.
“Shila….” kata Mira sambil melemparkan senyuman
mengada-ngadanya kepada Shila.
“Kau kenapa Mira? Beberapa hari ni aku
tengok kau asyik tersenyum je. Cite
lah.”
“Mestilah… Sebab aku dah berjaya kenakan Apit. Bengang
betul dia semalam. Seronok dapat kenakan orang yang kenakan aku tu,” ketawa
Mira apabila terkenangkan peristiwa itu. Shila terhenti membuat kerja
sekolahnya. Dia memandang Mira dan menarik nafas panjang. Kemudian dihembuskan.
“Mira, sejak bila kau dah jadi macam Apit ni? Dulu kau
ni lemah lembut, baik… Tak pernah nakal-nakal macam ni lah.”
Mira ketawa kecil.
“Sejak dia kenakan aku. Aku takkan pernah lupa dia
masa dia baling cacing tu dekat aku. Trauma tau tak aku masa tu.”
“Kau ni… Macam budak-budak…”
“Eh, kita masih budak-budak lagi tau. Umur pun baru 16
tahun.”
“Eh, yang 16 tahun tu, aku. Kau belum cukup 16 tahun
lagi, so still kanak-kanak. Jauh-jauh
sana!”
“Eleh. Tak lama lagi, okey? Minggu depan je. Tunggu
jelah.”
Inilah
rutin Mira setiap kali ke sekolah. Belajarnya tidak, kenakan Apit saja. Apit
pula seorang budak lelaki yang sama usia dengan Mira dan agak nakal orangnya.
Kerjanya hanya ke sekolah dan bertemu dengan kawan-kawan. Suka melepak, tetapi
dia bukan seperti kawan-kawannya yang lain. Walaupun dia nakal, tapi dia sangat
menghargai kawan-kawannya dan dia tak pernah buat Mira marah walaupun banyak
kali dia kenakan Mira. Mungkin, inilah daya tarikan Apit.
Apit dan Ekal seperti biasa berkeliaran di
luar kelasnya, mengusik budak-budak perempuan yang lalu lalang di kelasnya itu.
Apit terpandang Mira yang sedang menuju ke arah kelasnya. Dia terus masuk ke
dalam kelas.
Mira tersedar akan kelakuan Apit yang aneh itu,
“Apahal si Apit ni? Takut ke nampak aku? Mesti dia
takut aku kenakan dia lagi. Dah seriklah tu…” kata Mira, sendiri sambil
tersengih-sengih. Mira pun meneruskan perjalanannya untuk turun ke tingkat
bawah dengan melalui koridor kelas Apit.
“Mira…” kata Apit. Langkah Mira terhenti. Matanya
mencari Apit. Tiba-tiba, Apit muncul di belakangnya dan membaling tepung ke
arahnya. Habis sebungkus dia lemparkan ke Mira. Mira mencebikkan mulut dan
tidak bergerak. Terukir bengang diwajahnya yang sudah terkena tepung itu.
“Selamat hari jadi, Mira… Itu hadiah untuk kau!”
“Apit!!! Siap kau!” kata Mira lalu terus berlari
mendapatkan Apit. Apit yang sangat nakal berlari sambil ketawakan keadaan Mira
yang serba putih dengan tepung. Sekali lagi mereka berkejar-kejaran.
Tiba-tiba datang Cikgu Razil memegang senjatanya sedang menaiki tangga. Betul-betul di hadapan mereka. Mira dan Apit sama-sama terdiam. Mereka memandang sesama sendiri.
“Amira… Hazfiq…” kata Cikgu Razil. Dia menyambung
lagi, “Awak berdua tengah buat apa?”
“Sa…saya…. Mira…tengah…” kata Apit, gagap. Mira
memandang Apit. Dia segera memotong percakapan Apit yang serba gagap untuk
melindungi sahabatnya itu.
“Cikgu! Apalah cikgu ni. Kenapa tanya Apit? Tanyalah
saya. Tapi, kalau Cikgu tak tanya pun Cikgu dah boleh tahu kan?” kata Mira, selamba. Cikgu Razil
memandang sinis kepada Mira. Mira menyambung lagi, “ Tadi ada budak PPKI tu,
dia pegang tepung, then dia lari-lari
dan akhirnya, nilah jadi. Camtulah ceritanya.” Mira mendepakan tangan sebagai
isyarat bahawa bajunya telah terkena tepung. Dia memberikan senyuman yang penuh
kejujuran kepada Cikgu Razil.
Sekali lagi, Cikgu Razil memandang sinis kepada Mira. Mungkin di hatinya tidak tahu mahu percaya atau tidak dengan kata-kata Mira. Begitu juga dengan Apit yang tercengang dengan pembohongan aku. Cikgu Razil hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu dari situ. Selepas cikgu itu tidak kelihatan di mata mereka, Mira ketawa sekuat hati.
Sekali lagi, Cikgu Razil memandang sinis kepada Mira. Mungkin di hatinya tidak tahu mahu percaya atau tidak dengan kata-kata Mira. Begitu juga dengan Apit yang tercengang dengan pembohongan aku. Cikgu Razil hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu dari situ. Selepas cikgu itu tidak kelihatan di mata mereka, Mira ketawa sekuat hati.
“Mira, kenapa kau gelak?” kata Apit yang
tertanya-tanya dan hairan dengan sikap Mira.
“Muka kau tu…” Mira menghentikan kata-katanya dan
kembali ketawa.
“Muka aku? Kenapa dengan muka aku???” kata Apit,
gelabah. Sememangnya dia seorang yang sangat mementingkan penampilan luarannya.
“Muka kau tu…. Kelakarlah! Kau takut dengan Cikgu Razil?
Ni peluang baik nak kenakan kau ni!” sakat Mira dan kemudian menyambung
ketawanya lagi.
“Kurang ajar kau, Mira. Kau gelakkan aku rupanya. Kau
ingat aku akan berbaik dengan kau lepas kau tolong aku tadi? Takkanlah wei! Aku
takkan tunduk dengan kau. Ingat tu!” kata Apit, control perasaannya.
“Siapa kata nak berbaik? Aku tak ingin pun lah. Tak
terdetik dalam hati nak berbaik dengan orang yang takut Cikgu Razil tu. Babai,”
kata Mira, tak ambil hati dengan kata-kata Apit. Mira pun berjalan pergi.
Beberapa langkah lepas itu, Mira berhenti,
“Oh ya Apit. Thanks
buat aku ketawa hari ni. Aku ingat tak ada orang ingat hari jadi aku.
Rupanya kau orang pertama,” kata Mira dengan memberikan senyuman kepada Apit.
Dia pun berlalu dari situ.
“Dia ni sihat ke tak? Aku kenakan dia sikit pun dia
tak marah. Lagi ketawa adalah,” kata Apit, kehairanan. “ Sejak aku kenal kau,
Mira, sampai sekarang, kau tak pernah marah apa yang aku buat kat kau. Bilalah
aku boleh buat kau marah Mira ni…”
EPISOD TIGA.
Di dalam kelas, Apit mundar-mandir. Sikapnya yang nakal sudah tidak kelihatan waktu itu. Nampaknya, ada yang mengganggu fikirannya. Ekal yang terlihat keganjilan dalam diri Apit waktu itu, cuba mengusik.
“Apit…” kata Ekal. Apit pun memandang Ekal. Dia berkata lagi, “Dah tiga hari Mira tak datang sekolah, kau dah tak tentu arah nampaknya, Pit? Rindu ke?”
Apit bermuka terkejut.
“Aku rindu Mira? Sorrylah,
takde masa. Dia tak ada, aku lagi gembira tahu tak?” kata Apit, cover.
“Eleh, Pit. Ingat aku tak kenal kau. Susah
sangat ke kau nak cakap perasaan sebenar kau kat Mira? Cuma cakap ‘aku suka
kau’, tiga perkataan je. Come on lah
Apit. Terus terang je dengan dia,” kata Ekal. Walaupun Apit menafikannya, Ekal
tetap tahu apa yang berada di dalam hati kawannya itu.
“Aku suka Mira? Tak mungkinlah.”
“Kata orang cinta tapi dibilang benci. Itulah kau.”
Apit memandang Ekal. Dia terdiam. Diam seperti berfikir sesuatu. Entah apa yang difikirkannya.
Esoknya, Mira datang ke sekolah. Tapi, keadaannya tak seperti biasa. Kaki kanannya bersimen dan dia memakai tongkat menuju ke kelas. Ekal membantu Mira berjalan. Apit yang terlihat keadaan Mira terus bergegas kepadanya dengan kelam-kabut.
“Mira, kau kenapa? Accident?
Macam mana boleh jadi camni? Teruknya. Dengan lori ke? Mira…” kata Apit.
Mukanya kelihatan sangat cemas.
“Apit, aku accident
sikit jelah ni. Terlanggar pokok hari tu. Nasib baik aku tak ada apa-apa.
Cuma kaki kanan tu yang patah sikit. Kau tak payah risau ye. Aku okey,” kata
Mira, lembut kata-katanya.
“Bila kau accident
ni?”
“Birthday aku.
Balik sekolah tu, aku tumpang Zilla tapi jadi macam ni pulak.”
“Habis, Zilla pun kena ke?”
“Zilla? Tak. Dia okey je. Cuma luka-luka kecil je.”
“Oh. Tak apalah. Meh
sini aku tolong kau. Ekal, tepi sikit.”
“Terima kasih,” ucap Mira sambil melemparkan senyuman
bahagianya kepada Apit.
Ekal memandang saja gelagat Apit.
“Suka tapi tak mengaku. Apalah Apit ni, nampak sangat
kau suka Mira,” kata Ekal, menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Apit.
Beberapa minit
kemudian, cikgu Add Math pun masuk ke kelas Apit. Cikgu itu pun mengira jumlah
murid yang ada tetapi tidak cukup seorang.
“Ni Apit mana? Dia tak datang ke?” kata cikgu itu.
Apit sememangnya sangat terkenal dalam kalangan guru-gurunya kerana sikapnya
yang suka mengusik dan kecoh.
“Cikgu ni tahu-tahu je Apit tak ada dalam kelas kan?” kata Ekal.
“Yalah. Selama ni Cikgu masuk kelas mesti nampak dia
bertenggek kat meja cikgu and suara
dialah yang paling kuat. Dari jauh pun cikgu boleh dengar. Ni tiba-tiba, cikgu
masuk, kelas ni sunyi je. Betullah Apit tak ada ni.”
“Cikgu, Apit dia tengah hantar awek dia ke kelasnya lah cikgu. Awek dia accident, Cikgu.
Kejap lagi masuklah dia tu.”
Selang beberapa minit, Apit pun dengan bermuka tidak bersalah terus masuk ke dalam kelas dengan senyuman, melihat cikgu dan menambah ukiran dibibirnya lalu memberi salam dan duduk di tempatnya. Cikgu hanya memandang saja tingkah lakunya. Beliau pun memulakan pengajarannya.
Selang beberapa minit, Apit pun dengan bermuka tidak bersalah terus masuk ke dalam kelas dengan senyuman, melihat cikgu dan menambah ukiran dibibirnya lalu memberi salam dan duduk di tempatnya. Cikgu hanya memandang saja tingkah lakunya. Beliau pun memulakan pengajarannya.
EPISOD EMPAT.
“Seronok??” kata Ekal.
“Seronok apa?” jawab Apit.
“Ala,
buat-buat lupa pulak. Pagi tadi lah.”
“Pagi tadi? Aku buat apa?”
“Hantar……. Mira.”
“Mira? Eh, aku cuma hantar dia pergi kelas dia je,
okey. Kau tengok ye, dia dengan kaki bersimen, mana boleh jalan sorang-sorang.
Kesian aku tengok dia, jadi aku pun hantarkanlah. Lagipun……” Apit terhenti
berbicara.
“Lagipun….” kata Ekal, menanti sambungan cerita dari
Apit.
“Dia kan accident masa birthday dia. Kau tahu kan
masa itu aku baru je lepas kenakan dia. Apa yang jadi kat dia tu……..macam……..salah
aku….” kata Apit lalu ditundukkan kepalanya sedikit dan memuncungkan bibirnya,
masam.
Tiba-tiba, terdengar suara Mira menyampuk perbualan mereka berdua,
“Semua tu,, bukan salah kaulah. Aku yang cuai masa
itu. Jangan salahkan diri kau sendiri,” kata Mira yang sedang berdiri di belakang
Apit setelah mendengar kata-kata Apit tadi. Apit menoleh ke belakang.
“Apit, aku ingat nak pergi tandaslah. Tak tahan ni. Aku pergi dulu ya!” kata Ekal, mencari alasan supaya Apit dan Mira bersendirian. Mira senyum kepada Apit dan berjalan ke hadapan untuk duduk di sebelahnya.
“Aku ingat kau ikhlas nak tolong aku tadi. Rupanya,
kau cuma baik dengan aku sebab kau rasa bersalah atas apa yang jadi kat aku.
Apalah kau ni. Fikir panjang sangat. Cubalah fikir positif sikit.”
“Mira…” kata Apit. Mira memandang Apit,
“Apa?”
“Maafkan aku ya? Aku tahu ini salah aku.”
“Kan
aku dah cakap, bukan salah kau. Aku dengan Zilla yang main langgar pokok tu.
Sebab masa tu licin sangat.”
“Licin sebab tepung yang aku baling tu kan?”
“Taklah. Aku dah bersihkan dulu before aku balik sekolah lagi. Lagipun, hari tu….hari hujan….” kata
Mira. “Dahlah. Jangan cakap pasal tu lagi. Bosan pulak dengar.” kata Mira lagi,
senyum.
“Kau kan
Mira, Dari dulu aku kenal kau…sampai sekarang…aku tak pernah tengok kau marah.
Lagi-lagi marah aku. Dalam hati kau memang tak ada sifat marah ye? Ada perasaan gembira je ye?
Sebab tu kalau ada orang kenakan kau pun kau masih boleh ketawa, kan?” usik Apit. Mira
hanya ketawa
.
“Yakah aku macam tu? Tak adalah. Aku pun manusia
jugak. Mestilah ada sifat marah. Cuma aku tak marah sebab kau tak pernah buat
aku marah. Sesiapa pun tak lagi.”
“Kau ni peliklah,” kata Apit sambil menepuk dahi Mira
dengan tangan kanannya. Mira hanya mengusap-usap dahinya kerana sakit ditepuk
Apit sambil ketawa.
EPISOD LIMA.
Mira sudah sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.
Dia kelihatan sedang belajar di dalam kelasnya semasa waktu rehat. Apit
tercari-cari Mira dan menjenguk ke dalam kelas Mira. Apit pun mendekati Mira
dengan senjata yang dipegangnya untuk mengenakan Mira.
“Opocot!!” melatah Mira kerana terkejut. Apit, melihat
telatah Mira, dengan senang hatinya, terbahak-bahak ketawa.
“Apit! Terkejut aku. Kau nak kena ya?” Mira mengejar
Apit dengan membawa ular mainan yang dibaling Apit tadi. Apit berlari sambil
ketawa dan menjelirkan lidah kepada Mira.
“Kau takkan dapat tangkap aku punya. Aku lari laju
lah. Kau lari macam itik,” kata Apit sambil berlari mentertawakan Mira.
“Apit………! Tunggu……!”
Beberapa hari kemudiannya,
“Apit!!!!!” jerit Shila.
“Kau ni kenapa?” kata Apit.
“Cepat tolong Mira……dia….” kata Shila, termengah-mengah.
“Kenapa dengan Mira? Shila! Cakap dengan aku cepat!”
“Kat belakang sekolah,” kata Shila tergantung.
Walaubagaimanapun, belum sempat Shila meneruskan kata-katanya, Apit terus
berlari ke belakang sekolah. Cemas.
“Mira… Mira…” panggil Apit sambil tercari-cari Mira. Apit
akhirnya berjaya menemui Mira yang terduduk di tengah-tengah padang. Apit mendekati Mira.
“Mak!!!!!!!!!!!!” jerit Mira, menangis. Apit terdiam
melihat Mira. Dia tak pernah melihat Mira sesedih itu. Apit berjalan ke sebelah
Mira dan bercangkung di situ.
“Mira….” katanya. Mira menoleh dan terus berpaling.
Dia mengesat air matanya dan menahan tangisannya.
“Kau buat apa kat sini, Pit?”
“Mira, aku tahulah kau tengah nangis. Kalau kau sedih,
kau menangis jelah. Aku tak kesah. Aku takkan bagi tahu siapa-siapa.
Asalkan…kau jangan tahan air mata kau tu. Kau luahkan je. Lepas tu baru kau
akan rasa lega.”
Mira menekup mukanya dengan kedua-dua
tangannya dan kembali menangis. Apit hanya memandangnya dengan sayu. Dia
menemani Mira sehingga Mira habis menangis.
Mira senyap. Dia memandang ke bawah.
“Apit, kau tahu tak? Apa yang buat aku menangis sampai
macam ni?” kata Mira, tersedu-sedu kerana menangis.
“Apa sebabnya?”
“Aku dah hilangkan rantai pemberian arwah mak aku.
Itulah satu-satunya barang yang aku ada daripadanya. Aku tak pernah lepaskan
rantai tu dari leher aku. Tapi…sekarang… semuanya dah tak ada makna lagi…
Rantai pun dah hilang… Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi.”
“Kau dah cari ke? Mana tahu kau letak kat mana-mana
ke?”
“Kan
aku dah cakap, aku tak pernah tanggalkan rantai tu!” Mira menengking Apit, tak
sengaja. Apit terkejut seketika.
“Mira… Maafkan aku ya? Aku tak dapat buat apa-apa. Time kau ada masalah lagi.”
“Apit…jangan cakap macam tu. Jangan mintak maaf. Bukan
salah kau pun. Aku yang cuai………… Lagi sekali.”
Apit memandang Mira yang termenung memikirkan
nasibnya. Simpati terpampang di wajah Apit.
“Aduh! Sakitnya!” aduh Apit sebaik sahaja bola yang
disepak oleh sekumpulan pelajar terkenanya. Mira terpandang dan ketawa kecil.
“Eh, janganlah main sampai terkena orang!” marah Apit.
Apit mengambil bola tersebut dan menyepaknya. Jauh..!
“Hahaha! Tengok Mira, jauh kan. Ni kaki Ronaldo, mesti bagus punya ma…
Aku pergi join diorang kejap,” kata
Apit, bangga. Dia berlari ke arah bola yang tadi itu, dan mula bermain dengan
pelajar-pelajar itu.
Mira hanya melihat sahaja telatah Apit. Sesekali dia
tersenyum. Sesekali dia ketawa. Dan akhirnya, dia terlupa akan kesedihan yang
dialaminya.
EPISOD ENAM.
Hari semakin senja. Mira dan Apit berjalan pulang. Apit menemani Mira hingga ke rumahnya.
“Mira… Kau jangan sedih-sedih lagi ya? Nanti kita
carik sama-sama rantai itu. Tapi, boleh aku tahu macam mana bentuknya?” kata
Apit, melegakan hati Mira. Mira pun mengambil handphonenya lalu ditunjuk gambar rantai miliknya itu kepada Apit.
“Rantai ni?” kata Apit, terkejut.
“Kenapa? Kau pernah nampak ke?” tanya Mira. Apit
mengangguk.
“Tapi aku tak ingat kat mana.”
“Hmm… Tak apalah, Pit. Nak buat macam mana. Nak
menangis pun tak guna.”
“Ala,
Mira. Aku akan cari rantai tu untuk kau. Mesti jumpanya. Kau jangan risau k?”
Mira ketawa kecil.
“Kat mana kau nak carik? Kau tu dahlah lembab! Tak
guna pun cakap dengan kau!”
“Yakah tak guna? Otak aku nilah yang selamat kan kau hari tu tau!”
kata Apit. Mempertahankan dirinya. Mira tersenyum.
“Pasal tu… Terima kasih ye? Kalau takde kau masa tu,
aku mungkin dah masuk hospital.”
“Tak ada apa-apalah. Cuma… Kau tu berat sangat tahu
tak? Macam manalah kau boleh terjatuh dari tangga. Nasib baik ada aku.”
“Apit….” Mira memandang Apit. Betul-betul menatap
matanya.
“Apa?”
“Dah sampai masanya… Aku…”
“Mira, aku pun nak cakap benda yang sama.”
“hah?”
“Yelah. Kau ingat aku tak perasan ke?” kata Apit. Mira
agak terkejut.
“Apa yang kau nak cakap ni?”
“Tu… Dah sampai rumah kau kan? Rumah kau yang warna putih tu kan? Kau tipu aku hari
tu kan? Kau
cakap rumah kau rumah besar ni. Rupanya, kau sama je macam aku. Biasa-biasa je
orangnya. Mana ada kaya. Apalah kau ni. Jangan tipu aku lagi lain kali boleh
tak?” kata Apit. Apit memegang kepala Mira dan diusap-usap kepalanya sambil
memberikan seribu senyuman yang menampakkan giginya.
“Hah? Kau….”
“Betul kan?”
kata Apit, dengan penuh yakin. Mira mengangguk.
“Okey lah. Aku pergi dulu. Bubbye! Terima kasih temankan aku,” kata Mira lalu berjalan ke
rumahnya.
Apit berdiri memerhati Mira.
“Kalaulah kau tahu aku ni suka kau…” kata Apit,
sendiri.
.
EPISOD TUJUH.
Persekolahan berjalan seperti biasa. Apit seperti biasa nakal di dalam kelasnya, mengusik ramai rakan-rakan perempuannya.
“Apit, Apit, Apit. Tu Zilla kan?” kata Ekal.
“Ha’ah! Kenapa?”
“Aku… Nak nombor dialah. Mintak kan boleh tak?”
“Aku yang kena mintak? Bro, kau jantan ke tak bro?”
“Ala
Apit. Boleh lah. Kali ni je. Please.
Aku janji nanti aku siapkan kerja sekolah kau. Seminggu.”
“Okey!” kata Apit. Cepat sahaja apabila mendapat
ganjaran atas melakukan sesuatu.
Apit meluru ke arah Zilla dan terus menahannya.
“Zilla…” kata Apit.
“Eh, Apit. Ada
apa?”
“Aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak?”
“Boleh. Mintak tolong apa?”
“Kawan aku tu… Dia tak pandai math. Memang dungu betullah dia tu.”
“Okey. So?”
“So, aku nak
mintak tolong kau lah. Aku dengan dia…sama-sama tak pandai. Aku dengar kau
dapat A+ exam hari tu. Jadi, kau
boleh tolong kitorang tak?”
“Oh. Itu rupanya. Boleh. Esok pukul dua dekat taman.
Okey?” kata Zilla. Dia memberikan senyuman dan ingin beredar.
“Zilla!” panggil Apit lagi. “Aku…boleh ambil nombor
telefon kau tak? Sebab, nanti susah kalau tiba-tiba aku ada hal, nak contact kau. Boleh?” kata Apit.
Takut-takut.
Zilla menyelup poketnya dan mengeluarkan pen.
Dia mendekati Apit.
“Bak tangan,” kata Zilla.
“Hah?” Apit tertanya-tanya dengan kata-kata Zilla.
Sememangnya tidak faham.
“Meh lah sini tangan kau.” Zilla memegang tangan Apit
lalu menulis nombor telefonnya di tapak tangan tangan Apit.
“Aku tak ada kertas. Jadi, tulis kat tangan kau jelah.
Nanti kau pandai-pandailah tulis balik,” kata Zilla sambil menulis.
Apit melihat tangannya diconteng dengan pen basah
berwarna hitam. Terdapat sepuluh nombor di tapak tangannya. Dia memberikan
senyuman ke arah Zilla dan terus masuk ke dalam kelasnya.
EPISOD LAPAN.
“Apit! Apit!” jerit Ekal. “Kau dah dapat ke?”
“Aku dah dapat. Tapi… Kerja sekolah ye? Ingat.”
“Ya, aku tahulah. Bak sini tangan kau,” kata Ekal,
terus mengambil tangan Apit dan ditulis kembali nombor2 tadi di dalam bukunya.
“Ekal…” kata Apit.
“Apa?”
“Aku cakap, kau jangan marah tau!”
“Apa dia?”
“Aku mintak nombor ni bukan senang tau. Aku guna cara
tu.”
“Cara apa??” kata Ekal, bersuara tinggi sedikit.
“Aku cakap kau nak belajar math dengan dia, dan dia setuju.”
“Apa? Kau tahu kan
aku….”
“Ya, aku tahu kau dah expert dengan mata pelajaran tu. Tapi… Zilla pun terror bab math. Takkan aku nak mintak tolong kat dia subjek yang dia tak
pandai? Kau agak-agaklah.”
“Hmm… Nak buat macam mana. Asal aku boleh bercakap
dengan dia, okeylah.”
Malam itu,
“Apit, kau boleh tolong aku tak?” kata Ekal, di dalam
telefon.
“Kau nak apa lagi ni?”
“Aku tak tahu lah macam mana nak contact Zilla. Aku miss call
je banyak-banyak kali. Tapi, dia buat tak tahu je.”
“Ekal, yang kau bahlol sangat ni kenapa? Kalau kau nak
kenal dengan dia sangat pun, agak-agaklah. Miss
call banyak-banyak kali, siapa yang nak layan?”
“Habis? Apa patut aku buat?”
“Macam ni jelah. Kau pergi tidur ye? Jumpa dia esok
je. Okey?”
“Hmm.. Ye lah!” jawab Ekal, terus mematikan
telefon.
Mira seperti biasa berjalan menuju ke kelasnya. Mira ternampak Apit, tetapi dia hanya buat-buat tak nampak. Fikirnya, Apit pasti hendak kenakan dia lagi. Sesampai sahaja di koridor kelas Apit, Mira berhenti. Dia melihat Apit. Apit sedang melayan kawan perempuannya. Mesra.
“Eh, Ekal. Amacam? Mira cemburu tak?” kata Apit
selepas sahaja Mira berlalu dari situ.
“Dia tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Apit, kenapa kau
nak buat Mira cemburu ha? Kau suka dia eh?”
“Ke situ pulak kau. Tak adalah. Aku cuma nak uji dia
je. Sejauh mana dia boleh senyum tanpa aku kacau-kacau dia.”
“Tak sama ke dengan apa yang aku cakap?”
“Memanglah tak,” jawab Apit, masih menafikan kenyataan
yang sebenarnya. Ekal hanya tersenyum melihat gelagat kawannya itu.
______________________________________________________________________
EPISOD SEMBILAN.
“Eh, Shila. Itu Ekal dengan Apit kan?” tanya Mira sebaik sahaja melihat Apit
dan Ekal di taman bersama dengan seorang perempuan.
“Yalah. Dorang dengan siapa tu? Zilla lah..”
“A’ah lah.”
“Apa yang dorang buat? Nak usha tak?” tanya Shila
kerana ingin menyebok.
Mira memandang Shila,
Mira memandang Shila,
“Kau pulak?” tanya Mira, Shila mengangguk.
“Jom,” ajak Mira. Mira tersengih jahat memandang
mereka. Mira menuju ke arah Apit.
“Hai! Apit… Ekal… Zilla… Korang buat apa kat sini?”
kata Mira. Mira melihat meja yang penuh dengan buku Math. “Study Math? Bukan
ke Ekal dengan Zilla pandai…..”
Belum sempat Mira menghabiskan ayatnya, Apit terus menekup mulut Mira.
Belum sempat Mira menghabiskan ayatnya, Apit terus menekup mulut Mira.
“Kitorang pergi dulu ya?” kata Apit sambil menekup
mulut Mira dan membawa Mira pergi. Apit memberhentikan langkahnya di belakang
pokok yang agak jauh dari Zilla, Ekal dan Shila. Mira hanya memandang Apit
sambil menyilangkan tangannya. Apit yang tersedar akan perbuatannya terus
mengalihkan tangannya dari mulut Mira.
“Ingat kan
nak tutup mulut aku sampai tahun depan,” kata Mira, bengang.
“Eh, Sorry,”
kata Apit, tersengih.
“Aku pulak?”
“Yalah! Nyaris-nyaris rahsia nak terbongkar.”
“Rahsia apa?” tanya aku, penasaran.
“Tu kau tak payah tahu.”
“Nak tahu jugak.”
“Tak boleh!”
“Oh, tak nak bagi tahu aku ya?” Mira terus menjerit
memanggil nama Zilla. “Zilla!!! Kau nak tahu tak…….”
“Mira!” tengking Apit. Mira terdiam. Kemudian, dia
membuat ‘peace’ kepada Zilla, menandakan semuanya okey.
“Okey, aku akan bagi tahu kau. Tapi, kau kena janji
rahsiakan benda ni.”
“Okey! Aku janji,” kata Mira, tersenyum manis.
Sementara itu, Zilla dan Ekal memandang sesama sendiri dan Shila pun duduk di sebelah Ekal.
“Shila, kenapa dengan dorang tu?” tanya Ekal.
“Tak tahu!” jawabnya, ringkas. “Korang study apa ni? Math? Boleh tolong ajarkan aku tak? Aku selalu gagal dalam
Matematik ni,” kata Shila, seakan-akan gedik.
“Boleh. Kau tak tahu jawab yang mana?” tanya Ekal.
Zilla hanya memandang hairan. Ekal mengajar Shila dengan baik dan cara
pengajarannya pun sangat berkesan.
“Awak ni, betul ke tak pandai dalam Matematik?” tanya
Zilla kepada Ekal. Ekal terdiam. Rahsia dah terbongkar. Dia memandang Zilla dan
tersengih.
“Kalau kau nak tahu, Ekal ni selalu dapat markah
tinggi dalam Matematik, kan Ekal?” kata Shila, menyampuk. Zilla memandang Ekal
lalu berdiri.
“Look,
Zilla. Saya boleh explain,” kata Ekal
kepada Zilla. Ekal pun berdiri. Shila hanya memandang mereka. Disebabkan rahsia
dah terbongkar, Ekal segera ingin menjelaskan semuanya kepada Zilla.
Takut-takut, Zilla akan membencinya seumur hidup.
“Nak explain apa?”
kata Zilla.
“Saya buat semua ni sebab…”
“Jap…jap… Awak takut saya marah awak ke Ekal?” tanya
Zilla. Ekal mengangguk. “Ekal, baguslah semua ni terbongkar. Tak adalah saya
susah-susah nak ajar awak macam tadi. Konon je tak reti nak jawab ye.”
Shila pun berdiri dan menghentikan perbualan mereka.
“Zilla, Ekal…. Korang ni kenapa? Okey apa dua-dua
pandai. Pandai Math pulak tu. Boleh
ajar aku yang tak pandai ni. Dah…Dah… Cepat teach
aku balik. Duduk.”
Zilla dan Ekal
memandang sesama sendiri dan mengangkat bahu. Mereka pun kembali duduk dan tidak menghiraukan apa
yang jadi. Jadi, mereka pun memulakan ‘kelas’. Mengajar Shila.
“Apit, tengok dorang tu. Dah berbaik balik ke? Wah! Jealousnya. Tengok! Ajar Shila ke
main-main tu? Bertepuk tampar pulak. Apit…” kata Mira kepada Apit. Mira
memandang setiap inci perbuatan Zilla dan Ekal. Mira memanggil Apit tetapi Apit
mendiamkan diri. Dia pun mengalihkan pandangannya kepada Apit.
“Tidur?” kata Mira, hairan. Mira mencangkuk dan
melihat Apit tidur. “Kat tempat ni pun kau boleh tidur, Pit?” kata Mira. Mira
tersengih. “Tak senonoh!” Mira cubit
pipi Apit dan menariknya sekuat hati. Apit menjerit kerana kesakitan disamping
terkejut.
“Aduh !
Sakitlah . Kau buat apa ni ?” Apit mengusap-usap pipinya yang dicubit.
“Kau lah.
Tidur kat sini buat apa? Tak senonoh betul. Dah. Aku nak pergi kat dorang. Bye
!”
Apit memandang Mira dari jauh dan tersenyum.
_______________________________________________________________________
EPISOD SEPULUH.
Cikgu Fahmi
meminta semua pelajar di dalam kelas Anggerik diam.
“Saya tanya sekali
lagi, siapa yang volunteer nak ambil
watak utama ni?” tanya Cikgu Fahmi kepada pelajar-pelajarnya.
“Watak hero kali
ni sangat menarik. Bayangkan awak berpeluang untuk mencari cinta sejati. Kalau
kita berjaya ke separuh akhir, kita akan ke Istana Budaya untuk peringkat
akhir. Ini suatu penghargaan bagi cikgu. Jadi, cikgu perlu pilih yang terbaik
antara kalian supaya dapat mengharumkan nama sekolah kita.”
Semua pelajar lelaki
berminat kecuali Apit. Mereka yang lain bersungguh-sungguh mengangkat tangan
dengan harapan Cikgu Fahmi akan memilih mereka untuk memainkan watak itu.
“Apit, kau taknak
cuba ke?” tanya Ekal kepada Apit.
“Taknak. Aku tak
minat,” kata Apit, ringkas sambil melukis seseorang perempuan yang mempunyai
dua tanduk di kepalanya.
Cikgu Fahmi tersengih.
“Saya pilih Apit.”
Apit terkejut
kerana namanya disebut.
“Cikgu, saya tak
reti berlakon lah,” kata Apit.
“Tak reti atau
awak pura-pura tak reti?”
“Apa maksud
cikgu?”
Cikgu Fahmi
menggunakan nada saspen,
“Saya dah tengok
video tu.”
Semua pelajar
berasa hairan dan tidak faham akan apa yang dikatakan Cikgu Fahmi itu. Hanya
Apit dan Cikgu Fahmi sahaja yang mengetahui maksud tersiratnya.
Apit duduk di
bangku taman. Dia memikirkan tawaran Cikgu Fahmi. Dia teringat akan kata-kata
Cikgu Fahmi,
“Saya tunggu jawapan
awak hingga petang ni. Kalau awak tak datang jugak, saya terpaksalah cari orang
lain. Fikir baik-baik.”
Apit mula bengang.
Dia pantang diugut sebegitu.
“Apit !” jerit
Ekal.
“Apa hal?”
“Kau tak jumpa
Cikgu Fahmi ke sekarang?”
“Nak jumpa buat
apa? Aku taknak.”
“Ala, rugilah
macam tu. Mira pulak jadi heroinnya.”
“Apa kau cakap?
Mira?”
“Ya, kenapa?”
Apit terus berlari
menuju ke sekolahnya. Dia segera mencari dewan teater yang dimaksudkan Cikgu
Fahmi.
Mira menghadiri
latihan pertamanya. Dia agak berdebar-debar ingin melakonkan watak utama itu.
Perlahan-lahan dia menuju ke dalam dewan pementasan, tempat latihan.
Amira mengetuk
pintu dewan. Tidak berapa lama kemudian, pintu dewan dibuka. Seorang pelajar
lelaki berada di hadapannya.
“Ya?” katanya.
“Cikgu Fahmi ada?”
tanya Mira.
“Ada. Masuklah.
Dia tengah mengajar budak berlakon.”
“Saya tahu. Cikgu
Fahmi pilih saya jadi watak utama.”
“Tukar heroin
lagi? Cikgu ni biar betul. Tak apalah. Awak masuk dulu. Nanti saya bagi skrip.”
Pintu dewan
ditutup. Cikgu Fahmi berpaling ke arah pintu dewan.
“Amira… Datang
jugak awak.” Cikgu Fahmi melemparkan senyuman yang sangat menggembirakan.
Mira menjadi segan
dengan sikap cikgu itu kepadanya.
“Pelajar, saya nak
kenalkan heroin kita, Amira Roslina.”
“Kenapa tukar yang
lain, cikgu? Hani kan ada? Dia lebih berpengalaman.”
“Itu cikgu tahu.
Tapi cikgu inginkan bakat-bakat muda yang baru. Dan saya amat mengharapkan yang terbaik
daripada Amira. Saya harap awak boleh beri kerjasama yang baik kepada ahli-ahli
pementasan ini.”
Amira melemparkan
senyuman.
“Baik!” katanya
dengan semangat.
Beberapa minit
kemudian, Apit tiba di pintu dewan. Dia mencari-cari Mira. Mira sedang berbual
dengan Cikgu Fahmi. Apit segera menarik tangan Mira dan berlalu dari situ.
“Apit, kau apa
hal? Jangan tarik tangan akulah. Sakit!”
“Amira! Kau sedar
tak apa kau buat ni?”
“Aku buat apa?!”
“Jangan masuk
teater tu.”
“Asal?”
“Dengar je cakap
aku. Jangan.”
“Jangan merepek
lah. Ini je satu-satunya peluang aku untuk cari mak aku.”
“Mak kau? Bukan
kau kata mak kau dah …”
“Ya. Itu mak tiri
aku. Dua hari yang lalu, aku terjumpa sepucuk surat dalam bilik ayah. Surat
dari mak kandung aku. Dia juga terlibat dalam bidang teater ni. Dia tinggalkan
ayah dan aku demi cita-cita dia. Itu kata ayah. Tapi aku nak dengar sendiri
dari mulut dia.”
Apit terdiam.
“Aku kena jadi
yang terbaik. Kalau teater ni mendapat tempat pertama, kami akan membuat
persembahan pula di Istana Budaya.
Mesti…..mak ada kat situ.”
Selepas mendengar
kata-kata Mira, Apit segera menemui Cikgu Fahmi.
“Cikgu. Saya
terima tawaran cikgu.” Apit bersetuju walaupun dia terpaksa.
“Apa yang buat
awak berubah fikiran?” tanya Cikgu Fahmi.
Apit mendiamkan
diri lalu memandang Mira yang kembali ke dalam dewan. Cikgu Fahmi tersenyum
sinis.
“Baiklah,
nampaknya kita dah ada watak utama. Jadi, sesi latihan bolehlah dimulakan
sekarang.
.
EPISOD SEBELAS.
Sesi latihan
berikutnya, Cikgu Fahmi meminta para
pelakon bersedia. Latihan dimulakan.
Amira mendekati
Apit.
“Wahai putera,
kenapa kau…kau…” kata Amira sebagai Sinderela. Amira tergagap.
“Mira. Benda tu
pun kau tak boleh buat?” sindir Apit.
“Aku tahulah. Cuma
aku tak sanggup nak cakap sambil menatap muka kau. Rasa nak muntah. Geli.”
“Kau ingat aku nak
sangat ke tengok muka kau? Aku pun tak nak lah. Kalau bukan sebab terpaksa…”
Cikgu Fahmi
menghentikan pertelingkahan Amira dan Apit.
“Sudah! Saya
taknak tengok kamu bergaduh. Saya nak tengok hasil lakonan awak semua. Faham?”
Mira dan Apit
masing-masing memandang sinis antara satu sama lain.
“Aku boleh buat
lah. Lebih baik daripada kau!” kata Mira.
Apit mengejek
Mira,
“Ada aku kesah?
Budak gemuk!”
Cikgu Fahmi
memulakan semula sesi latihan. Kali ini, Amira dan Apit masing-masing
menunjukkan kehebatan lakonan mereka. Tetapi tiada chemistry di antara mereka.
Mereka cuma berlagak saja. Cikgu Fahmi tidak berpuas hati dengan lakonan
mereka. Latihan ditamatkan. Semua pelajar diminta bersurai. Cikgu Fahmi
memanggil Amira dan Apit.
“Cikgu nak tanya
awak berdua. Awak memang suka bergaduh ya?”
Amira menggeleng
kepala. Begitu juga Apit.
“Dah tu? Kenapa
asyik bergaduh?” tanya Cikgu Fahmi lagi.
“Apit yang cari
pasal!” kata Mira sambil menuding jari ke arah Apit.
“Aku? Sedap mulut
kau je nak salahkan aku. Aku bagi kaki sekali kang, mau tak makan sebulan.”
“Aku benci kau!”
kata Mira dan terus berlalu dari situ.
“Cikgu. Saya balik
dulu ya.” Apit memberi salam kepada Cikgu Fahmi dan menuju keluar dewan.
“Amira! Tunggu aku!”
Cikgu Fahmi
tersengih,
“Akan ada sesuatu
yang menarik terjadi dengan budak dua orang tu. Percayalah,” katanya, sendiri.
“Amira… Tunggulah
aku. Jangan jalan laju sangat,” kata Apit yang terkedek-kedek mengejar Mira.
“Kau nak apa lagi?
Pergi balik rumah kaulah!”
“Kau marah?”
“Yalah.”
“Tak biasanya kau
marah. Kenapa tiba-tiba kau marah pulak? Kau ‘P’ ye?”
“Diam lah kau!
Asal kau ikut aku?”
“Aku nak temankan
kau sampai rumahlah. Sekarangkan dah malam.”
Amira terdiam dan
terus berjalan sehingga tiba di rumahnya. Dia langsung tidak mempedulikan Apit.
Apit hanya mengikut Amira dari belakang.
“Amira! Bubbye .
Selamat malam. Selamat tidur. Esok jangan lupa sekolah!”
Amira memandang
Apit dengan penuh kebengangan lalu terus masuk ke dalam rumah. Apit ketawa
kecil.
Di rumah Cikgu
Fahmi, dia terus memikirkan cara untuk merapatkan hubungan Apit dan Amira. Dia
berpendapat sekiranya Apit dan Mira berbaik, pasti hasil pementasan itu akan
menjadi lebih baik kerana kedua-duanya memang serasi. Dia mendapat satu idea.
EPISOD DUA BELAS.
Cikgu Fahmi
memberikan skrip baru kepada Amira dan Apit.
“Apa ni Cikgu? Skrip
baru?”
“Yup!” jawab
cikgu.
“Kenapa?” tanya
Amira.
“Disebabkan awak
berdua suka bergaduh, jadi saya ubah cerita ini sikit.”
“Sikit? Ni cikgu cakap sikit? Macam ubah semua je?”
kata Apit.
Cikgu Fahmi melemparkan
senyuman tanpa membalas soalan Apit.
Di dalam cerita
yang diolah semula oleh Cikgu Fahmi, terdapat babak romantis di antara tuan
puteri dan putera. Sebelum ini, mereka akhirnya tidak suka satu sama lain,
menjadi menyukai antara satu sama lain. Babak ini membuat Amira merasa tertekan.
Lagi-lagi apabila puteranya adalah orang yang sangat dibenci olehnya.
Hari demi hari
berlalu, akhirnya tibalah saat babak romantis itu dijalankan. Walaupun, Amira
dan Apit berjaya berlakon dengan baik dan terdapat kemesraan di dalam lakonan
mereka tetapi mereka masih tetap bergaduh.
“Baiklah, kita mulakan sekali lagi babak
terakhir ya?” kata Cikgu Fahmi.
Semua pelajar
mengambil tempat dan bersedia. Begitu juga Amira dan Apit.
Latihan dimulakan,
“Puteri Sinderela, ada sesuatu yang tuanku
perlu tahu,” kata Apit yang melakonkan watak Putera Aryan.
“Tentang apa?”
“Tentang perasaan patik. Sudah lama patik memndamkan
perasaan ini. Jikalau patik sering menyakiti hati tuanku, patik minta maaf.
Patik lakukan itu kerana patik mencintai tuanku. Terlalu mencintai sehingga
patik tak dapat hendak berhadapan dengan tuanku. Patik cinta akan tuanku,” Apit
memandang Amira dengan perasaan yang penuh dengan harapan bahwa Amira sedar
betapa sayangnya dia kepada Amira. Kata-kata yang diluahkan sebagai Putera
Aryan sebenarnya jujur daripada dirinya sendiri.
“Beta juga mencintai Putera Aryan,” jawab Amira
sebagai Puteri Sinderela dengan penuh perasaan.
Semua orang
menepuk tangan. Babak yang terakhir itu sangat disenangi oleh Cikgu Fahmi.
“Tahniah semua ahli teater sekalian. Awak
semua dah buat yang terbaik. Kita perlu menunjukkan yang terbaik dalam
pertandingan esok. Latihan kita berakhir di sini. Saya minta awak semua rehat
secukupnya di rumah. Esok datang awal ke sekolah. Kita akan bertolak pada pukul
7 pagi.”
EPISOD TIGA BELAS
Amira memakai
pakaian seperti seorang puteri sama seperti di dalam teater itu. Apit melihat
Amira duduk bersendirian. Amira berasa sangat gugup. Dia tak pernah menyertai
mana-mana pertandingan sebelum ini. Dia memegang kedua tangannya. Nervous
menyelubungi diri. Keyakinannya semakin menurun. Apit menuju kepadanya.
“Kau nervous ke?” tanya Apit.
Mira mengangguk.
“Aku takut. Aku tak pernah buat apa-apa
persembahan pun sebelum ni. Aku takut kalau aku tersalah cakap. Macam mana
kalau aku tiba-tiba terlupa?”
“Kau jangan takut. Aku ada kat atas pentas tu dengan
kau. Ingat tujuan kau buat semua ni. Demi mak kau kan? Kita akan lakukan yang
terbaik bersama-sama. Yakin pada diri kau. Insyaallah semuanya akan berjalan
dengan lancar.”
Amira tersenyum,
“Thanks,” katanya.
Apit menghulurkan sesuatu kepada Amira,
“Rasanya tak lengkap seorang puteri tanpa mahkota di
kepalanya,” kata Apit lalu memakaikan Amira mahkota yang ditempah khas buat
pujaan hatinya.
“Terima kasih, Putera Aryan,” kata Mira sambil
tersenyum.
Kini tibalah masanya untuk mereka mempersembahkan
teater mereka. Ketika menaiki pentas itu, Apit memimpin tangan Amira.
Perbuatannya itu dapat menenangkan Amira yang gugup.
Ternyata,
teater itu mendapat sambutan ramai. Semua orang terhibur dengan teater mereka.
Amira berasa sangat lega selepas selesai persembahan. Begitu juga dengan ahli
teater yang lain. Apit memandang Amira.
“Mira, ikut aku sekejap.”
Apit dengan berpakaian Putera Aryan membawa Amira yang
selaku Puteri Sinderela ke sebuah taman berdekatan tempat pertandingan itu.
“Aku ada sesuatu nak beritahu kau,” kata Apit kepada
Amira. Amira menjadi tertanya-tanya.
“Apa dia?”
“Masa kat atas pentas tadi, masa babak teater tadi,
sebenarnya, apa yang aku cakap semuanya ikhlas dari dalam hati aku.”
“Apa maksud kau?” tanya Amira, seakan-akan tidak
mengerti.
“Kau takkan tak perasan, apa yang aku cakap tadi,
tiada dalam skrip kita pun.”
“Itu aku tahu. Aku ingat kau sengaja menambah sebab
kau nak gempakkan lagi cerita tu.”
“Tak. Aku tujukan semua tu khas buat kau, Amira.”
Amira masih tidak
mengerti,
“Aku tak faham.”
“Asal kau lembab sangat? Dahlah!”
Apit menjadi
berang kerana niatnya tidak difahami juga oleh Amira.
“Asal kau nak marah?”
“Yalah. Kau tak faham apa yang aku cuba nak
sampaikan.”
“Dah kau cakap berbelit sangat. Terus terang jelah.”
“Aku sukakan aku.”
Amira terkejut
dengan pengakuan Apit,
“Kau serius?”
Apit tersenyum dan
tak lama lepas itu, dia ketawa terbahak-bahak. Amira menjadi bertambah hairan,
“Apit, kau tipu aku ya?”
Apit mengangguk dan kembali ketawa.
“Tak tahan aku
tengok muka kau yang blur bercampur serius tu. Aku tipu jelah. Sorry. Sorry.”
Amira begitu bengang dengan Apit.
“Berani kau
tipu aku? Siap luahkan perasaan bagai? Kau ingat aku akan terpedaya? Siaplah
kau. Kau kenakan aku ya?”
Amira mengejar Apit dengan sekuat hati. Dia asyik
dikerjakan saja oleh Apit. Dia berazam akan membalas kembali perbuatan Apit
itu. Perbuatan mereka itu diperhatikan oleh Cikgu Fahmi. Dia tertawa melihat
gelagat Amira dan Apit.
.
Johan pertandingan teater diumumkan. Dan juaranya
jatuh kepada sekolah SMK Sementara, iaitu sekolah Amira dan Apit. Mereka diberi
tepukan yang paling gemuruh. Apit mewakili sekolahnya mengambil piala
kemenangan. Selesai sahaja acara tersebut, Cikgu Fahmi meminta semua ahli
teater dari krew hingga pelakonnya untuk sesi fotografi. Hari itu begitu
gembira buat Amira.
Cikgu Fahmi juga meminta kesemua ahlinya bersedia
untuk persembahan yang akan datang di Istana Budaya. Kesemua pelajar berasa
sangat teruja. Tetapi tidak Apit. Dia memasamkan mukanya. Pelakuannya itu
dilihat Amira.
EPISOD EMPAT
BELAS.
Cikgu Fahmi masuk
ke dalam kelas Mira. Dia sememangnya mengajar subjek Sejarah dan juga sebagai guru
Teater. Sebelum tamat masa mengajar, Cikgu Fahmi meminta Mira untuk ke
ruangannya sebentar. Mira pun mengikuti kehendak cikgu itu.
“Ada apa cikgu nak jumpa saya?” tanya Mira.
Cikgu Fahmi,
menghela nafas seakan-akan mengeluh.
“Begini… Sudah beberapa hari Apit tak datang
latihan. Awak tahu kenapa?”
Amira terdiam. Dia
sememangnya juga tidak mengerti.
“Saya tak tahu, Cikgu.”
“Sejak akhir-akhir ini, saya perhatikan dia selalu
mengelak ketika terserempak dengan saya. Betul Amira awak tak tahu apa-apa?”
“Betul cikgu.”
“Beginilah, awak tolong cikgu pujuk dia untuk datang
latihan ya? Susah kita kalau tiada dia. Dia sudah menjadi tulang belakang
teater kita ni. Lagi pula, ibunya juga seorang ahli teater di Istana Budaya dan
ayahnya Tan Sri Yassin.”
Amira terkedu.
“Ibu Apit ?”
“Ya, ibu tirinya. Ibu dan ayahnya berkahwin setahun
yang lalu. Tapi, Apit tak suka akan ibu tirinya itu. Ayahnya lebih mementingkan
isteri keduanya berbanding dia. Jadi, dia keluar dari rumah itu dan ke sini,
bersekolah di sini. Kenapa awak macam hairan je? Dia tak beritahu awak apa-apa
ke?”
Amira menggelengkan kepala.
Amira memandang ke langit. Dia duduk di dalam taman.
Bersendirian.
“Jadi Apit sebenarnya anak orang kaya. Tapi kenapa dia
tekad keluar daripada rumah?” tanya Mira, sendiri.
Di taman itu terdapat beberapa pasang kekasih sedang
ber ‘dating’. Amira melihat pasangan-pasangan itu. Hatinya terasa sebak. Dia
memikirkan sesuatu. Ingin berkata tetapi tidak terucap. Dia tidak tahu kenapa
dia rasa seperti itu.
“Ada apa kau nak jumpa aku kat sini?” tanya Apit
kepada Mira yang menyapanya dari belakang. Nadanya seakan marah.
Amira menoleh.
“Aku…Kau… Kenapa….” Kata-kata Amira terhenti.
“Cakaplah.”
“Kenapa kau tak datang latihan?”
“Aku nak tarik diri.”
“Kenapa kau nak buat begitu?”
“Aku taknak buat persembahan kat sana. Ada seseorang
yang aku tak suka kat sana.”
“Mak kau?”
Apit memandang Amira dengan agak hairan.
“Mana kau tahu?”
“Cikgu Fahmi yang beritahu. Nampaknya dia tahu
segala-galanya tentang kau.”
Apit berasa agak geram. Dia paling tidak suka jika ada
yang suka ingin tahu tentang keluarganya.
“Aku benci dia!” jerit Apit.
Apit terduduk. Dia cuba menahan perasaannya. Amira mendekati Apit.
“It’s okay. Kau boleh cerita dekat aku.”
Apit menceritakan serba serbi hidupnya kepada Amira.
Diceritakan dulu, semasa Apit bersama
dengan ayahnya,
EPISOD LIMA BELAS.
Apit dahulunya adalah seorang pelakon teater juga. Dia
didedahkan dengan teater semenjak usianya lima tahun lagi. Jadi, tidak
hairanlah jika dia boleh berlakon dengan baik. Tapi, semenjak ibunya meninggal,
dia sudah tidak terlibat dalam bidang teater. Lagi-lagi selepas ayahnya
berkahwin lain.
“Papa kahwin dengan kawan baik Mama sendiri. Aku tak
dapat terima bahawa Papa sememangnya sudah menjalani hubungan dengannya semasa
Mama masih hidup lagi.”
Amira mendengar dengan penuh setia.
“Itukah sebabnya kau keluar daripada rumah?” tanya
Mira.
Apit menggeleng,
“Bukan. Aku keluar daripada rumah itu sebab aku sedar
yang tiada ruang lagi untuk aku hidup di dalam rumah itu. Rumah yang besar
menjadi sempit. Aku tak sanggup melihat Papa gembira hasil pembohongan dia
terhadap Mama. Setelah aku dapat tahu tentang itu, aku terus keluar rumah.
Sehingga sekarang, aku tak pernah balik lagi. Sejak hari itu juga, aku benci
teater. Teater membuatkan aku ingat mak tiri aku.”
“Oh, begitu. Tapi teater juga mengingatkan kau dengan
mak kau kan?”
Apit tersenyum. Aku tidak menghiraukan soalan Mira.
“Thanks sebab dengar cerita aku yang tak berapa nak
hot ni.”
“Kau dah okey ke?”
“Buat apa aku nak kusutkan kepala aku dengan perkara
seperti itu. Buat aku sakit je,” kata Apit. Dia tidak menunjukkan ekspresi
mukanya yang begitu benci ayahnya. Dia tidak mahu Amira terbeban dengan
masalahnya.
“Jadi, kau betul-betul nak tarik diri?” tanya Mira.
Apit mengangguk.
“Aku belum bersedia nak hadapi mereka berdua.”
Amira menjalani latihannya seperti biasa. Tanpa
kehadiran Apit, dia berasa sedikit bosan dan segala latihannya tidak menjadi.
Cikgu Fahmi semakin bengang. Dia mengharapkan yang terbaik daripada Apit dan
Amira. Tetapi, Apit sudah tarik diri, dan Mira tidak pernah melakukan yang
terbaik di dalam lakonannya. Cikgu Fahmi meminta bantuan dari Puan Sarah.
Beliau merupakan guru dari Istana Budaya yang agak tegas di dalam setiap
tindakannya.
“Mulai hari ini, saya akan bantu Cikgu Fahmi dalam
mendidik kamu semua. Teater di Istana Budaya ini bukan tempat untuk kamu semua
main! Kamu perlu serius ketika latihan agar hasilnya juga mantap. Faham ?” kata
Puan Sarah kepada anak didikan Cikgu Fahmi.
Mereka diberi rehat seketika. Puan Sarah ingin bertemu
dengan Amira. Dia sama sekali tidak berpuas hati dengan lakonannya.
“Awak berlatih atau main-main?! Mana jiwa awak dalam
teater ni? Cikgu awak pilih awak sebab rasa awak yang terbaik. Tapi, awak sia-siakan
peluang yang dia beri. Kalau lepas ni, awak masih begini lagi, saya tak
segan-segan untuk cari orang lain. Faham?” kata Puan Sarah dengan tegasnya.
Amira mengangguk tanda faham.
“Awak boleh pergi sekarang,” kata Puan Sarah lagi.
Amira berjalan menuju ke dalam bilik pakaian. Dia
terlihat Hani sedang memandang sesuatu. Amira mendekatinya.
“Hani, awak cari apa tu?” tanya Mira.
Hani menuding jari ke arah sebuah topi yang berada di
sudut paling atas almari.
“Kenapa dengan topi tu?”
“Itu ialah topi yang Apit pakai masa dia buat
persembahan teater di Istana Budaya dulu. Topi tu sangat bermakna baginya tahu
tak? Tapi sayangnya, Apit taknak lagi topi itu sebab itu akan mengingatkan dia
kepada memori semasa di sana,” ujar Hani.
Amira terfikir sesuatu. Dia ingin mengambil topi itu
supaya Apit kembali masuk ke dalam teater. Amira pasti bahawa Apit merindui
zaman lakonannya dulu. Amira mencari tangga untuk memanjat ke atas dan
mengambilnya. Hani yang memerhati mendapat idea untuk mengenakan Amira. Dia sememangnya
berdendam dengan Amira kerana Amira sudah merampas tempatnya sebagai watak
utama. Semasa Amira berada di atas tangga, Hani menendang kaki tangga tersebut
dan menyebabkan Amira jatuh tersembam ke lantai. Kepalanya terluka dan
berdarah. Dia pengsan. Hani berpura-pura tidak bersalah. Dia memanggil Cikgu
Fahmi dan Amira dikejarkan ke hospital.
Kejadian kemalangan Amira diketahui oleh Ekal. Ekal
lantas mendapatkan Apit dan memberitahunya perkara yang sebenar. Mereka
bergegas ke hospital. Apit begitu merisaukan keadaan Amira.
Selepas beberapa minit, doktor keluar daripada bilik
rawatan, tempat Amira dirawat. Amira mendapat luka yang ringan di kepalanya.
Tetapi, hantukannya itu boleh memudaratkan. Amira perlu menjalani beberapa sesi
pemeriksaan dan rawatan di hospital selama beberapa minggu sehingga dia
benar-benar sembuh. Apit menjenguk Mira. Mira sedang terbaring, memejamkan
mata.
“Amira,” panggilnya.
Amira membuka matanya.
“Asal kau cuai sangat?” tanya Apit.
Amira tersenyum. Dia mencapai topi yang berada di
sebelah katilnya lalu diberi kepada Apit.
“Kau kenal ni?” tanyanya.
Apit agak hairan. Sememangnya itu adalah topi yang
setia bersamanya dulu.
“Mana kau dapat ni?”
“Mana aku dapat tu tak penting, yang penting sekarang
aku nak kau kembali menyertai teater. Kau tahu betapa mak kau sayangkan
pekerjaan dia itu kan? Dan kau juga dididik untuk melakukan hal yang sama
seperti mak kau.”
Apit menggelengkan kepalanya.
“Tak boleh Mira. Tiap kali aku sertai teater, hati aku
sakit. Aku teringat perempuan tu.”
“Perempuan tu dah jadi mak kau. Kau kena redha, Apit.”
Apit terdiam.
“Kau jatuh dari tangga gara-gara nak ambil topi ni
kan?” tanya Apit.
Mira menggeleng.
“Jangan tipu aku. Asal kau bengap sangat ambil topi
yang tak ada nilainya ni bagi aku sampai cederakan diri kau sendiri? Kau ada
otak ke tak?”
“Aku cuma…nak kau…masuk teater. Itu je.”
“Tapi, aku TAKNAK!” kata Apit, sedikit menengking. Dia
kemudian keluar dari bilik.
Amira terdiam. Dia berasa bersalah kerana telah buat
Apit marah. Dia memegang topi tersebut dengan sangat erat.
No comments:
Post a Comment