BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS»

Cinta????

Suatu hari......

Cinta bertaNya KepaDa PersaHabaTan,
"Mengapa engKau DipErLukaN,,..sedangkan MereKa Dah Ada Aku???????

Lalu...
Persahabatan Pun MenjawAb,
"SebaB, Aku BeriKan MereKa SeNyumaN ketiKa Kau beriKan KekEceWaaN..."

Hargai rakan anda ... Hargai juga DIA .

Impian Si Cinderella ~

Assalamualaikum... Anneoyonghaseyo!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....

Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!

Tunggu Aku...


'Hari tu sangat cerah. Aku dan dia keluar date. Siapa sangka itu rupanya date yang terakhir bagi kami. Dia meninggal dunia di tempat itu akibat cuba untuk menyelamatkan aku daripada dilanggar.’

   “Aku dah agak kau akan ke sini lagi.”

   “Jun...”

Shun memandang Jun.
   “Kau ingat kat Kaoru lagi?” tanya Jun.

Shun mengangguk.
   “Tak boleh ke kau lupakan dia? Dah setahun dia meninggal dunia. Tolonglah Shun. Aku...taknak kau jadi macam ni terus.”

Shun menunduk,
   “Sebab terlalu istimewa...” kata Shun. “Dia terlalu istimewa bagi aku. Dia dah ambil tempat dalam hati aku...kemudian...dia pergi...” 
Air mata Shun berlinangan lagi.

Koshiba Jun, seorang kawan yang sangat mengambil berat terhadap Shun. Semenjak pemergian Kaoru, dia sentiasa berada di sisi Shun. Kemana sahaja Shun pergi, Jun pasti akan ekorinya. Dia memang kawan yang sangat baik.

*      *      *
Loceng pintu ditekan. Ibu Shun membuka pintu.

   “Jun rupanya. Cari Shun ya?” katanya kepada Jun. 

Jun tersenyum.
   “Taklah, saya nak jumpa mak cik.”

   “Jumpa makcik? Kenapa?”

   “Shun macam mana, mak cik? Ada apa-apa perubahan tak?”

Ibu Shun mengeluh.
   “Begitulah. Masih sama. Mintak tolong Jun ya? Mak cik sedih lihat keadaan dia begitu. Dah lama mak cik tak lihat senyumannya.”

   “Shun memang seorang yang sangat periang dulu. Mak cik jangan risau ya. Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya akan kembalikan senyuman dia,” kata Jun dengan bersemangat.

Ibu Shun berasa sedikit lega mendengarnya,
   “Shun ada di dalam biliknya. Pergilah pujuk dia.” 

Jun memberi tanda hormat lalu pergi ke bilik Shun.

Pintu bilik diketuk beberapa kali.
   “Shun!!! Aku ada bawak sesuatu untuk kau! Bukaklah pintu!”

Shun membuka pintu,
  “Kau ni kenapa?”

Jun melemparkan senyuman dan menunjukkan bakul yang dipegangnya kepada Shun.
   “Kita pergi berkelah hari ni. Aku dah siapkan makanan berkelah ni.”

Shun memandang bakul itu.

   “Kau kan lelaki. Boleh pulak buat kerja ni?”

   “Tengok oranglah!”
*      *      *

Tikar dibentang. Jun dan Shun duduk di atasnya. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh mereka berdua. Cuaca musim luruh yang sungguh cerah, Jun mengajak Shun ke sebuah padang rumput yang luas. Shun berasa sangat tenang ketika itu.

   “Rasa lebih lega?” tanya Jun. 

Shun memandangnya dan tersenyum.
   “Terima kasih Jun. Kau sentiasa ada setiap kali aku perlukan teman.”

Jun tersenyum.
    “Dah tanggungjawab aku,” katanya.

‘Shun, aku sangat mencintai kau. Aku akan jaga kau sampai mati. Itu amanah yang Kaoru serahkan kat aku sebelum dia mati. Aku sanggup tunaikan permintaan dia kerana aku mencintai kau. Sangat mencintai kau.’

*    *     *
Di sekolah, Jun sering bersama Shun. Jun risau akan keadaan Shun sekarang yang suka menyendiri dan pendiam. Dia akan menemani Shun ke mana saja dia pergi.

   “Eri... Kau tengok kawan baik kau tu. Terhegeh-hegeh dengan Jun. Apasal hah? Dulu dia terhegeh-hegeh dengan Kaoru. Lepas Kaoru mati, dia terhegeh-hegeh dengan Jun pulak. Semua lelaki popular kat sekolah ni dia nak!”

Eri mendiamkan diri. Walaupun Eri tahu Shun tak salah. Eri sebenarnya sangat menyukai Jun. Dia merasa tidak adil kerana Shun sudah ada Kaoru. Dan sekarang, dia bersama Jun pula.

   “Aku nak beri Shun pengajaran. Kita mesti sedarkan dia. Dia tak patut pentingkan diri!” kata Mika kepada ahli kumpulannya.

   “Tapi, macam mana kita nak beri peringatan kepada Shun sedangkan Jun sentiasa bersama dengannya?”

   “Itu senang saja.”
  *     *     *

Eri mendekati Jun.
   “Jun, aku nak tunjukkan kau sesuatu . Jom ikut aku sekejap,” kata Eri.

   “Tapi, aku nak jumpa Shun dulu,” kata Jun.

   “Apa yang aku nak tunjukkan kat kau berkaitan dengan Shun lah. Tadi aku nampak Shun bersama dengan beberapa orang pelajar perempuan sekolah kita. Aku takut dorang apa-apakan Shun. Jom cepat!”
Jun risau akan keadaan Shun. Dia segera meminta Eri untuk menunjukkan tempat mereka membawa Shun.

*     *     *

Mika, seorang pelajar perempuan yang merupakan ketua kumpulan, The Popular Girls menarik tangan Shun dengan  sekuat hati dan diikuti beberapa ahli kumpulannya. Mereka membawa Shun ke belakang sekolah.

   “Korang kenapa?” tanya Shun.

   “Kenapa? Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Jun. Kau tu pembawa malang! Sejak kau lahir lagi. Kau memang bawak malang.”

   “Apa korang cakap ni? Aku bawa malang?”

   “Yalah! Mula-mula, mak kandung kau mati sebab lahirkan kau. Lepas tu, bapa kau pula lari tinggalkan kau. Sekarang, Kaoru mati pun sebab kau! Lepas ni siapa pula akan mati sebab kau? Jun pula ke?! Dalam sekolah ni, ramai lagi lelaki lain lah, kenapa kau nak Jun jugak gantikan tempat Kaoru? Kenapa? Sebab dia kaya? Popular? Handsome? Orang macam dia tu, sesuai untuk aku je tahu tak? Kenapa? Kau ingat kau lawa sangat ke?!”

Shun terdiam. Dia hanya menundukkan kepalanya. Mika menjadi semakin marah dengan sikap Shun yang seperti endah tak endah dengan amarannya. Dia kemudian mengambil lipstick dan meminta ahli kumpulannya memegang Shun.

   “Kau ingat kau lawa sangat? Sampai semua lelaki suka kat kau? Meh sini aku ‘cantikkan’ kau lagi.”

Shun tidak dapat bergerak. Dia tidak mampu mengelak pun kerana mereka telah memegang dia sekuat hati. Mika menconteng muka Shun dengan lipsticknya yang berwarna merah. Dia kemudian dia mengambil pewarna kuku lalu mewarnakan kuku tangan Shun dengan comot.

  *    *     *

Sesampai sahaja di tempat yang ditunjukkan Eri, Jun segera memanggil nama Shun. Dia mencari di setiap sudut kawasan itu. Tiada siapa. Eri hanya diam membatukan diri.

   “Eri, Shun mana?? Kau cakap dia di sini?? Tapi mana??”

Eri memandang Jun,
   “Kenapa kau pilih Shun? Kau tahu kan dia terlalu cintakan Kaoru? Dia takkan balas cinta kau,” kata Eri.

   “Apa kau cakap ni?” tanya Jun, dia kehairanan.

   “Aku...sukakan kau. Tak bolehkah kau lupakan Shun dan bersama aku?”

Jun terdiam,
   “Aku tak boleh berbuat demikian. Aku sayangkan Shun. Sangat-sangat menyayanginya,” kata Jun.

   “Tak adil...Kau tak beri aku peluang pun untuk bersama kau. Kenapa kau pilih Shun?”

   “Kan aku dah cakap. Aku sayangkan Shun. Dari dulu, sampai sekarang... Sebelum dia kenal Kaoru lagi, aku dah cintakan dia.”

   “Tak!  Shun terlalu pentingkan diri. Dia tahu aku sukakan kau. Tapi dia...masih mahukan kau setelah Kaoru mati!”

Jun mendekati Eri, dia menyentuh bahu Eri.
   “Eri... Aku tahu kau marahkan Shun. Tapi, cuba kau berada di tempat dia. Kehilangan orang yang sangat kau cintai. Apa kau akan buat masa tu? Shun perlukan seseorang untuk bersama dengannya. Dia tak boleh bersendirian. Aku risau dia akan buat sesuatu yang tak masuk akal. Kau sebagai kawan baik dia, kau sepatutnya faham dengan keadaan dia. Ni kau langsung tak ambil kisah tentang dia.”

Eri terdiam. Otaknya mula memikirkan apa yang dikatakan Jun.
   “Jun, maafkan aku. Aku marahkan Shun kerana aku cemburu lihat kau dengan dia. Kenapa kau begitu prihatin terhadap dia?”

Jun tersenyum,
   “Itu ialah amanah seorang kawan kepada aku. Aku dah berjanji dengan Kaoru untuk menjaga Shun dengan baik. Aku takkan biar dia disakiti. Sekarang...kau boleh beritahu aku di mana Shun?”

Eri menangis,
   “Aku...dah biarkan dia disakiti. Dia dan The Popular Girls ada kat belakang sekolah. Aku tak tahu apa yang dorang buat kat Shun. Maafkan aku Jun.”
Dengar sahaja Eri mengatakan Shun ada di belakang sekolah, Jun lantas berlari mendapatkan Shun. Dia berasa sangat risau dengan keadaan Shun.

*    *     *

   “Shun!” jerit Jun.

Shun kelihatan terduduk dan membenamkan mukanya di antara pehanya. Rambutnya kelihatan kusut masai.
   “Shun..?” Jun mendekati Shun.

Shun tetap mendiamkan diri. Kedengaran suara esakan Shun. Dia sedang menangis. Jun yang tersedar akan keadaan Shun segera memeluknya.

   “Shun, aku ada sekarang. Kau jangan takut lagi ya? Aku ada untuk kau. Maafkan aku kerana tak dapat lindungi kau. Aku minta maaf...”

Shun mengangkat kepalanya,
   “Kau jangan dekat dengan aku. Aku pembawa malang. Betul cakap Mika. Aku ni bawa malang. Kaoru mati sebab aku! Mak aku mati sebab aku! Bapa aku lari sebab aku! Aku taknak kau pun terluka sebab aku! Aku taknak sesiapa lagi terluka sebab aku.”

Jun memegang kepala Shun dengan kedua-dua tangannya.
   “Tak! Tak! Shun! Dengar cakap aku!”

Shun terdiam. Dia memandang Jun.
   “Kau bukan pembawa malang! Tiada siapa di dalam dunia ni yang membawa malang. Percaya cakap aku. Jangan dengar cakap Mika. Kau bukan pembawa malang. Apa yang jadi kat kau semuanya ada sebab. Jangan salahkan diri kau atas apa yang berlaku! Kau faham tak?”

Shun memeluk Jun lalu menangis.
   “Aku rindukan Kaoru. Dia selalu ada saat aku perlukan dia. Tapi sekarang...dia...”

   “Shun... Janganlah menangis lagi...”

*      *       *

Jun mengetuk pintu bilik Shun. Berulang-ulang kali sehingga Shun membuka pintu.
   “Jun? Kau buat apa kat sini?”

   “Kau dah okey?”

   “Belum.”

   “Kau nak aku ceriakan kau tak?”

Shun senyap.
Jun melihat kuku jari tangan Shun. Masih berwarna-warni akibat dibuli Mika tempoh hari. Jun menarik tangan Shun dan masuk ke dalam biliknya. Dia menutup pintu. Jun membuka beg plastik yang dibawanya dan mengeluarkan sebiji botol kecil yang berisi cecair.

   “Aku dengar daripada mak cik kedai make-up tu, benda ni boleh hilangkan warna yang melekat kat kuku kau tu. Kita try nak?” kata Jun sambil menunjukkan botol yang berisi cecair yang tidak berwarna.

Shun mengangguk tanda mahu. Dia menghulurkan tangannya kepada Jun dan Jun berusaha untuk menghilangkan pewarna kuku di kuku Shun dengan bersungguh-sungguh.

   “Dah siap!” kata Jun setelah beberapa minit menghabiskan masa menghilangkan warna di kuku Shun. “Magik lah cecair ni. Boleh hilangkan warna kuku kau jadi macam biasa balik.”

Shun tersenyum,
   “Terima kasih Jun. Aku dah banyak terhutang budi dengan kau. Tak tahu macam mana nak balas budi baik kau.”

   “Eh, taklah. Aku tak rasa beban pun buat semua tu. Tapi, kau boleh balas budi aku. Nak tak?”

   “Nak. Apa dia?”

   “Kau kena temankan aku pergi taman tema hari ni. Aku dah lama tak pergi sana. Sekarang ni aku terasa nak pergi sana pulak tapi aku tak ada teman. Kau temankan aku boleh?”

   “Hmm...” jawab Shun sambil berpura-pura berfikir. “Okey,” ringkas jawapan daripada mulutnya.

*    *    *

‘Kali terakhir aku pergi taman tema ni masa aku keluar dating dengan Kaoru. Aku rasa sangat gembira apabila dapat bersama dengannya. Kami begitu menikmati saat-saat indah itu. Pada saat itu jugalah aku menyedari bahawa aku sangat mencintainya. Tak sangka dia akan tinggalkan aku secepat ini.’

   “Shun, kita naik roda Ferris ni pulak ye? Best lah. Dah lama tak rasa seronok macam ni. Dulu masa kecil-kecil aku selalu ke sini,” kata Jun, menghiburkan diri.

Shun memandang Jun dan tersenyum.
   “Jomlah kita naik,” kata Shun.

Mereka bersama-sama menaiki roda Ferris. Pemandangan pada waktu petang itu sangat cantik. Suasana ketika mereka di atas sangat berbeza dengan keadaan yang bising di taman tema itu. Shun memejamkan matanya dan menarik nafas. Jun hanya memerhati.

   “Shun...”

Shun memandang.
   “Apa dia?”

   “Aku sayang kau,” kata Jun. “Aku sayang kau sangat-sangat.”

Shun tergamam.
   “Jun...aku masih...”

   “Aku tahu. Dia masih bertakhta di hati kau kan? Aku janji Shun. Aku akan jaga kau sampai aku mati. Ini amanah Kaoru tinggalkan untuk aku sebelum dia mati. Dia kata dia sangat sayangkan kau. Dia minta aku untuk menjaga kau selepas kematian dia.”

   “Jun...walau apapun yang jadi, Kaoru tetap di dalam hati aku...Kini dan selamanya...Maafkan aku...”

Pintu gerabak roda Ferris dibuka.
   “Adik, boleh keluar sekarang?” kata penjaga roda Ferris itu.

Shun keluar dengan serta merta dan menghala ke pintu keluar taman tema tanpa mempedulikan Jun. Shun memberhentikan langkahnya. Dia menyentuh dadanya.

   “Jantung aku berdegup kencang. Apa maknanya ni? Kaoru? Kau ada di sini ke?”

Shun memandang kiri dan kanan. Dia mencari Kaoru. Shun berlari mencarinya. Tiba di tepi jalan raya, Shun terlihat Kaoru di seberang jalan lantas dia ingin mendapatkan Kaoru. Tiba-tiba suatu bayangan muncul di mindanya. Bayangan tentang peristiwa kematian Kaoru. Kaoru mati di tempat itu. Shun berdiri kaku.

Sebuah kereta laju melalui jalan itu. Shun hampir-hampir dilanggar kereta namun sempat ditarik oleh Jun.

   “Kau okey Shun?”kata Jun.

Jun sangat risau akan Shun. Shun kelihatan menggigil ketakutan. Bayangan itu hilang. Shun melihat di hadapannya, seorang lelaki yang bernama Jun, kawan baik Kaoru. Air matanya bergelinangan.

   “Kau hampir-hampir dilanggar kerana aku. Aku ni memang pembawa malang! Sama seperti Kaoru yang mati kerana aku!” Shun menangis sekuat hati.

Jun memeluknya.
   “Tak Shun...Tak... Kau bukan pembawa malang. Kaoru bukan mati sebab kau juga. Dia mati sebab penyakit yang dah lama dia simpan!”

   “Apa kau cakap ni, Jun?”

   “Aku minta maaf sebab tak beritahu kau pasal hal ni. Kaoru minta aku rahsiakan daripada kau.”

Shun berhenti menangis. Dia ingin mendengar rahsia yang dah lama disimpan oleh Jun.

   “Kaoru...sangat cintakan kau,” kata Jun. “Sehinggakan, dia tak sanggup nak beritahu kau tentang penyakit dia. Dia sudah kritikal. Tetapi, dia masih keluar pada hari itu, untuk bertemu dengan kau. Dia...sangat rindukan kau. Dia mati bukan sebab dilanggar tetapi kerana penyakitnya itu.”

Shun kembali menangis.
   “Tapi...Kaoru mati sebab aku. Kalaulah aku tak desak dia petang itu...”

   “Shun...dengar cakap aku...” “Kaoru amanahkan kat kepada aku. Dia minta aku untuk jaga kau dengan baik. Dia taknak kau terluka walau sedikit pun. Kau janganlah bersedih lagi. Kaoru mesti taknak kau terus menangis untuk dia. Dia dah kembali ke sana. Pasti dia tunggu kau juga...”

Shun mendiamkan diri. Dia memandang Jun.

‘Jun sangat baik. Jun sanggup berkorban apa saja demi aku.’

Sekali lagi, Shun memegang dadanya. Degupan jantungnya sangat pantas.

‘Mungkin itu jawapan kepada persoalan ini.’

   “Jun...” kata Shun. “Sudi tak kau bersama dengan aku?”

Jun pula tergamam.

   “ Aku takut untuk menjalani hidup ini sendirian. Aku takut hendak berhadapan dengan Kaoru kalau aku gagal jalani kehidupan aku ini. Aku nak jumpa dia dengan gembira bila aku dah tiada nanti.”

Jun memandang Shun tajam-tajam.
   “Aku akan sentiasa bersama kau,” katanya.  “Dari dulu, aku sangat mencintai kau... Aku akan sentiasa jaga kau. Maaf sebab tak dapat pulihkan hati kau yang terluka itu. Kaoru dah serahkan kau kat aku. Dan itu, tanggungjawab aku. Aku harus jaga kau dengan baik dan aku tidak keberatan sikit pun untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Kaoru kepada aku.”

Shun tersenyum,
   “Terima kasih Jun.”
  
Shun memeluk Jun dengan erat.

‘Adakah kau marah Kaoru? Aku kini bersama Jun. Aku ingin dilindungi oleh dia kerana aku ingin bertemu kau dengan gembira. Aku ingin bercerita dengan kau akan kehidupan aku yang tabah tanpa kau. Aku sangat-sangat cintakan kau. Kaoru...Tunggu aku...’


Get your own Digital Clock