Novel dan single story saya banyak berkisar tentang cinta. Macam mana mereka menghadapi halangan cinta mereka.
macam mana si dia hendak meluahkan perasaan cintanya...
dan lebih banyak lagi...
antara novel dan single story saya, adalah :-
* Aku Cinta KauLah, Ngok! (single story)- Most about dua orang Pelajar Menengah yang tidak boleh disatukan, masing-masing kaki mengenakan antara satu sama lain.
* Cinta Irama Dan Muzik (novel) - Seorang gadis yang mempunyai cita-cita menjadi seorang bintang akhirnya jatuh hati kepada vokalis sebuah band yang sangat terkenal ketika dia sedang hilang ingatan.
* Bila Aku Dah Cinta (single story)- mengisahkan seorang gadis yang sangat menyesal dan kecewa dan sentiasa mengingati kisah lampau akibat kematian lelaki yang dicintainya yang berpunca daripadanya. dia kemudiannya terserempak dengan seseorang yang mirip lelaki itu. namun, lelaki itu bukan seperti yang dia bayangkan.
* Sayang, I Love You! (single story)- kisah dua orang merpati yang hangat bercinta yang terpisah selama lima tahun dan tidak pernah bertemu.. mempunyai teman wanita yang sangat nakal, sedangkan dia sangat pendiam. Namun, hati si dara hanya mahukan kekasihnya mengucapkan "I Love You" padanya.
* Kehangatan Cinta Kami Berdua (novel)- seorang pelajar perempuan yang tidak mahu bercinta lagi akhirnya terperangkap ke dalam perasaan yang dipendamkan. lelaki yang sangat kaya itu sangat memukau hatinya. tidak disedari, rupa-rupanya Lelaki itu juga mencintai dirinya secara diam-diam. walaupun kedua-duanya tidak pernah bertegur antara satu sama lain.
* Annyeonghaseyo Awak !(single story) - Qis, seorang gadis yang melarikan diri daripada kedua ibu bapanya kerana tidak ingin melanjutkan pelajaran ke Amerika hidup berdikari sebagai seorang pereka. Dia seorang yang sangat fanatik dengan sebuah band Korea yang sering membuat konsert di Malaysia namun tidak pernah diberi kesempatan untuk mengambil gambar dengan mereka. Pada hari terakhir band Korea tersebut membuat persembahan di Malaysia, Qis berjaya mengambil gambar mereka. Nasibnya berubah apabila telefon bimbitnya hilang selepas kejadian tersebut. Qis berjaya bertemu dengan orang yang menemui handphone miliknya tanpa mengetahui dia adalah vokalis kumpulan band yang sangat diminatinya itu.
* Tunggu aku....(selamanya aku cinta kau) -single story - Shun sangat mencintai Kaoru. Namun, Kaoru meninggal dunia secara tiba-tiba akibat dilanggar kerana menyelamatkan Shun. Peristiwa berdarah ini telah memberi luka di dalam hati Shun. Shun menjadi pendiam. Namun, kemunculan insan yang begitu mengambil berat akan dirinya sedikit sebanyak mengubat hati Shun.
*I Love You, Ana ! - single story - Mengisahkan seorang gadis yang sangat mencintai kekasihnya meskipun mereka sama sekali tidak bertemu selama 6 tahun. Perasaannya semakin hari semakin sayang pada kekasihnya itu. sedikit keraguan juga tiada. Baginya, jika janji sudah diucap, pasti akan ditepati. Akhirnya, Melisa bertemu juga dengan kekasihnya, namun, dia langsung tidak mengenali Melisa. Ketahuinya lebih lanjut .!
Sila pm Cyra di facebook jika berminat dengan cerita-cerita ni ya... Cyra akan upload banyak-banyak lagi untuk korang...
Terimakasih... Gomayo..
Impian Si Cinderella ~
Assalamualaikum... Anneoyonghaseyo!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....
Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....
Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Get your own Digital Clock
No comments:
Post a Comment