BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS»

Cinta????

Suatu hari......

Cinta bertaNya KepaDa PersaHabaTan,
"Mengapa engKau DipErLukaN,,..sedangkan MereKa Dah Ada Aku???????

Lalu...
Persahabatan Pun MenjawAb,
"SebaB, Aku BeriKan MereKa SeNyumaN ketiKa Kau beriKan KekEceWaaN..."

Hargai rakan anda ... Hargai juga DIA .

Impian Si Cinderella ~

Assalamualaikum... Anneoyonghaseyo!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....

Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!

HANDSOME (ePS 2)

Sambungan daripada cerita TERPERANJAT

___________________________________________________________

      Aku bangun dari tidur (tidur dalam kelas). Dah rehat rupanya. Aku pun berjalan keluar 
dari kelas dengan hati yang sangat gembira….. Cikgu tak marah aku tidur dalam kelas 
lagi…..
    “Hahahahaha” 
ekspresi gembira terpampang di wajah aku yang comel lagi kacak ni.
 Tapi, kenapa semua orang kat sekolah ni pandang aku lain macam? Tak pernah nampak 
orang gembira ke? Oh, aku tahu. Mungkin sebab terpegun melihat ketampanan aku. 

“Hahahaha…” tak henti-henti aku ketawa.

  Tiba-tiba, terdengar satu suara yang mentertawakan aku. Suara yang sama seperti masa 
aku terlanggar tiang dulu. Dan lagak ketawanya pun sama. Berdekah-dekah dia ketawa dan kemudian terbatuk-batuk. Dan sambung ketawa lagi.

 ‘hesh, budak ni… melampau nampak…
’ fikirku.
    Aku terus berjalan dan aku ternampak Aiman di penjuru kantin. Aku pun memanggil namanya…
 “Aiman! Aiman!” Namun, Aiman lari lintang-pukang. Aku kehairanan. Peliknya budak ni. 

  “Assalamualaikum.” Terdengar satu suara yang lunak yang biasa didengar memberi salam.  Aku pun menoleh. Muka aku menjadi biru keunguan. Aku gugup. Jantung ku berdegup 
dengan kencang sehingga nak terkeluar lagi sekali dari dada aku tetapi aku berjaya menahannya. Aku menjawab salamnya.

  “Waalaikumsalam. Anisa…. Bila awak sampai? Tak nampak pun.”

 Aku cuba melegakan perasaan aku. Tak tergambar rasanya perasaan bertemu dengan insan tercinta. A.N.I.S.A… yang sentiasa buat jantung aku terkeluar. Oh, Anisa….

  “Danny, awak buat apa dengan muka awak tu?”

  “Muka? Kenapa? Handsome sangat ke saya sampai awak memberi pandangan yang mempesonakan tu?”

  “Ergh….” Anisa berkerut dahi… Namun, dia tetap berkata, “Handsome sangat…” 

 Anisa puji aku… dia membuatkan aku berasa seperti putera raja di atas kayangan.
Sedang aku berseronok kegembiraan, aku terlanggar Cikgu Razif, cikgu paling garang dan tegas serta berdisiplin di sekolah ini. Aku mencipta sejarah lagi. 

  'Pada tanggal 16 Februari 2011, seorang pelajar bernama Danny telah melanggar seorang 
guru yang paling ‘digeruni’ di SMK dot. dot.'

   “Ergh… Cikgu… Cikgu sihat? Lawa cikgu hari ni…” 
aku tergagap meredakan jelingan tajam di mata Cikgu Razif yang tepat ke arah mata aku. 
Wah! Silaunya…. 
Nampaknya, cikgu masih dengan jelingan tajamnya selama beberapa minit. 
Kemudian, dia mula membuka mulutnya.

   “Awak Danny??”  peh! ‘Wanginya’ mulut cikgu ni.

   “Ya.” Aku menjawab sambil terpaksa menahan nafasku untuk beberapa saat.

   “Awak!!!.” cikgu menjerit dan memandang aku. Dia menyambung lagi ayatnya.

 “Handsomenya!!!!!” Wajah cikgu Razif terus berubah menjadi seperti kucing comel yang meminta simpati. Kerlingan matanya sungguh mempesonakan. Aku turut kehairanan.
 Kenapa hari ni semua orang puji aku? Aku mula segan silu, tersipu-sipu di situ. 
Sedang asyik tersipu-sipu malu kononnya, aku terpandang cermin.

   “Mak Datok!!” 
Aku ternganga hingga cecah ke tanah. Aku terkejut melihat wajah aku di dalam cermin.
 “Oh, handsomenya .”
 Aku berkata sambil menundukkan kepala dan menitiskan air mata gembira.

 Muka aku penuh dengan contengan pen marker hitam. Terukir misai dan janggut yang kerinting. Aku tahu siapa punya kerja.

    “Aiman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

No comments:

Post a Comment


Get your own Digital Clock