BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS»

Cinta????

Suatu hari......

Cinta bertaNya KepaDa PersaHabaTan,
"Mengapa engKau DipErLukaN,,..sedangkan MereKa Dah Ada Aku???????

Lalu...
Persahabatan Pun MenjawAb,
"SebaB, Aku BeriKan MereKa SeNyumaN ketiKa Kau beriKan KekEceWaaN..."

Hargai rakan anda ... Hargai juga DIA .

Impian Si Cinderella ~

Assalamualaikum... Anneoyonghaseyo!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....

Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!

I Love You, Ana !


Dah lama aku couple dengan dia... Dialah satu-satunya insan yang bertakhta di dalam hati aku. Aku sangat sayang padanya. Apa khabar dia agaknya? Dah enam tahun aku tak jumpa dia. Aku sangat merinduinya.

  “Melisa, jom. Dorang dah tunggu kita tu...” kata Husna kepada Melisa.
Mereka menaiki keretapi untuk ke Mid Valley.

  “Kau kenapa diam je ni Melisa?” tanya Husna kerana melihat rakan baiknya mendiamkan diri sejak daripada tadi.

  “Tak ada apa-apa. Aku...rindukan Qi je...”

  “Qi? Qi Iqbal?” tanya Wawa, rakan Melisa dan Husna. “ Lelaki yang kau couple masa darjah 6 tu? Serius kau masih couple dengan dia?”

  “Aku tak pernah putus pun dengan dialah,” jawab Melisa. “Kami dah janji akan bertemu selepas tamat belajar.”

  “Sekarang kita dah tamat belajar lah ni...” kata rakan yang lain.

  “Aku tetap akan tunggu dia. Aku sayang kat dia. Semakin hari, perasaan sayang ini semakin mendalam. Semakin aku rindukan dia, semakin dia lebih bertakhta tinggi di dalam hati aku.”

  “Lis...” panggil Husna. “Kau tak pernah contact Qi kan semenjak dia masuk MRSM di Johor enam tahun lepas? Kau yakin dengan dia ke? Mana tahu dia dah berubah lepas enam tahun ni? Entah-entah, dia dah ada kekasih yang lain? Masa boleh buat seseorang itu berubah.”

Melisa hanya mampu memberi seukir senyuman yang kecil sahaja.

  “Aku percayakan dia.”

Suhana Melisa, sebuah nama yang sangat cantik, begitu juga dengan rupa paras gadis manja ini. Seorang yang sangat baik tetapi agak nakal. Suka mengusik dan kelakar menyebabkan sesiapa saja boleh terpikat dengannya. Namun hatinya hanya tertawan pada seorang lelaki seusianya ketika dia berusia 12 tahun. Perasaan itu kekal sehingga enam tahun.

  “Dah sampai!” kata Husna. “Kita tengok wayang nak?”

Melisa termenung.

  “Melisa... Kita datang sini sebab nak enjoy. Mulai esok, kita akan ikut haluan masing-masing. Kau akan masuk kolej matrikulasi di Johor, aku akan ambil diploma di Penang. Kita semua akan berpisah. Jadi hari ini kita lupakan segala-galanya.”

Melisa tersenyum.

“Okey... Jom kita pergi. Aku belanja...” kata Melisa.

“Betul kau nak belanja?”

“Kau nak ke tak nak?”

“Nak lah!”

Melisa sengih lalu berjalan dengan menyilangkan tangannya.
Aku akan ke Johor di mana Qi berada. Apa ada kemungkinan untuk aku bertemu dengan Qi?? Jujur aku terlalu rindukan dia.
*   *   *
Pensyarah memulakan kuliah pertamanya bersama dengan penuntut-penuntut matrikulasi yang baru saja tiba semalam. Melisa lewat sedikit ke kelasnya.

“Maaf Cikgu. Saya terlewat,” kata Melisa.

 Pensyarahnya memandang sinis kepadanya dan kembali mengajar. Sedang asyik belajar, pensyarah tersebut mengajukan soalan kepada pelajarnya. Namun, tiada siapa berani menjawab. Dia kemudian memanggil nama salah seorang pelajar.

“Qi Iqbal ... Sila jawab soalan saya,” kata pensyarah.

Melisa terkejut mendengar nama Qi disebut. Dia kemudian tercari-cari siapa Qi Iqbal yang dimaksudkan pensyarah. Ternyata dia adalah Qi Iqbal kekasih hati Melisa. Melisa terkejut melihat Qi. Dia berasa sangat gembira juga. Setelah tamat kuliah, kesemua pelajar meninggalkan kelas. Melisa menunggu Qi di hadapan pintu kelas.

“Qi...!” jerit Melisa.

Qi terkejut dan berdiri kaku seketika. Tidak berapa lama selepas itu dia berlalu dari situ. Dia tidak mempedulikan Melisa seolah-olah tidak mengenalinya. Melisa berasa terkejut dengan perilaku Qi. Dia seolah-olah sudah berubah.
*    *    *
Melisa termenung di dalam biliknya. Memikirkan Qi yang sudah tidak mengenalinya. Tiba-tiba, Husna datang menyapanya,

“Lisa... Kau termenung apa tu?” katanya.

Melisa memandang Husna. Dia memasamkan mukanya.

“Qi...” kata Melisa.

“Kau teringatkan Qi ke?”

“Lebih daripada itu. Qi ada kat sini.”

Husna terkejut apabila mengetahui keberadaan Qi.

“Serious kau ni? Jangan main-main. Dia  kelas apa? Macam mana kau boleh terjumpa dia?” tanya Husna dengan penuh teruja.

“Dia tak kenal aku.”

“Lah... Kenapa pulak? Dia tak perasan kau agaknya?”

“Tak perasan apa. Dia dah pandang aku. Tapi dia boleh pergi macam tu aje. Sekelas dengan aku pula tu. Kenapa dia tak kenal aku? Husna...”

Husna tersenyum.

“Kau tenang je ya? Mungkin dia terkejut nampak kau. Mana Melisa yang aku kenal? Yang tak kenal erti putus asa? Kau jangan mengalah. Teruskan berjuang mendapatkan cinta hati kau tu. Dulu, kau beria-ia cintakan dia kan? Sekarang dia ada depan mata, takkan kau nak sia-siakan cinta yang kau bina enam tahun ni? Betul tak?”

Melisa kembali bersemangat.

“Ya, betul tu! Terima kasih Husna. Aku akan buat sampai dia ingat kat aku balik. Sampai dia mengaku aku ni kekasih dia.”

Bermulalah hidup Melisa yang tidak pernah kenal putus asa mengejar Qi. Dia ingin Qi ingat kembali percintaan mereka meskipun Qi tidak mempedulikannya. Setiap hari Melisa akan tunggu Qi di depan pintu kelas untuk menegurnya. Tetapi Qi tetap tidak mempedulikan Melisa. Walaupun begitu, tiada yang dapat menghentikan Melisa daripada terus mencintai Qi.

Tibalah suatu hari Melisa berjalan sendirian menuju ke asramanya. Dia terlihat Qi bersama dengan seorang gadis yang sangat cantik. Melisa berasa sangat cemburu. Dia ingin memarahi Qi. Melisa menuju ke arah Qi.

“Patutlah awak pura-pura tak kenal saya. Rupanya awak dah ada kekasih. Saya benci awak, Qi!”

Melisa meninggalkan mereka sambil menangis. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Qi sudah tidak mencintainya lagi. Dia berasa sangat menyesal. Husna  melihat keadaan Melisa dan mendekatinya.

“Lisa, kau kenapa?”

Melisa memandang Husna dengan sayu. Dia tidak dapat menahan air matanya.

“Qi... Dia ada perempuan lain. Patutlah selama ini dia tak pedulikan aku. Dia pura-pura tak kenal aku.”

“Kau pasti ke ni?”

“Aku nampak dengan mata aku sendiri. Qi berdua-duaan dengan perempuan tu. Perempuan tu cantik.”

“Dia berdua-duaan je kau kata dia curang? Apa kata kau tanya dia sendiri. Dengar jawapan daripada dia. Bila kau dah dapat jawapan, dan hasilnya Qi memang dah tak cintakan kau, barulah kau lupakan dia. Kau jangan mengalah dulu, Lisa.”

Melisa memandang Husna. Ada benar juga kata Husna. Melisa mengelap air matanya dan meredakan tangisannya.

Keesokan hari, Melisa ke kelas seperti biasa. Dia tidak fokus dalam sesi pembelajaran itu kerana asyik terfikir akan Qi. Melisa membuat keputusan untuk bertemu dengan Qi petang itu. Dia pergi ke perpustakaan dan terlihat Qi sedang belajar bersendirian. Dia terus menuju ke arah Qi.

   “Awak dah tak kenal saya lagi?” tanya Melisa.

Qi mendiamkan diri sahaja.

“Betul awak dah tak kenal saya lagi? Selama enam tahun saya mencintai awak dengan setulus hati, ini balasan atas janji yang awak ucapkan dulu?” Melisa mengalirkan air matanya. “Saya sanggup tunggu awak. Saya tepati janji saya. Saya tak sangka akan jumpa awak kat sini... Betapa saya sangat rindukan awak.”

Semua pelajar yang berada di perpustakaan memandang Melisa. Namun Qi terus mengemaskan barangnya dan berlalu pergi tanpa mempedulikan luahan Melisa.

“Awak betul-betul dah berubah,” kata Melisa, sendiri.

Dia sudah mendapatkan jawapan daripada tanda tanyanya selama ini. Qi mendiamkan diri bererti dia sememangnya sudah tidak kenal dan tidak mahu mengenali Melisa lagi. Melisa membuat keputusan untuk cuba melupakan Qi. Walaupun sukar. Dia ingin kembali fokus pada pelajarannya.

Semenjak daripada hari itu, Melisa sudah tidak mengganggu Qi. Dia juga berpura-pura tidak mengenali Qi. Dia berusaha melupakan Qi.
Suatu hari, Melisa mendapat mesej daripada Husna. Tak biasanya Husna memberi mesej. Selalunya dia akan terus ke bilik Melisa.

‘Aku nak jumpa kau pukul 9 malam kat taman berdekatan dengan rumah kau. Ini penting.’

Melisa berasa hairan dengan Sms itu. Malam itu, dia ke taman yang disebutkan.

Melisa tercari-cari Husna. Tiba-tiba dia terdengar bunyi gitar dan diiringi suara yang sangat lunak bernyanyi. Melisa mencari dari mana datangnya suara itu. Langkahnya terhenti. Dia melihat Qi di hadapannya.

 “Ana...” panggil Qi.

Melisa berasa hairan dan agak janggal.

“Awak panggil saya Ana?” tanya Melisa.

“Saya panggil nama awak sama seperti enam tahun yang lepas.”

Meelisa terkejut,

“Awak ingat?”

“Saya tak pernah lupa.”

“Apa awak buat kat sini?”

“Tunggu awak...”

“Tunggu saya?”

“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.”

Melisa terdiam. Qi menghampirinya.

“Saya cuma mempermainkan awak je,” kata Qi.

Melisa kehairanan.

“Awak mainkan saya?”

“Selama ni saya mainkan awak,” kata Qi.

Melisa mula hendak marah. Qi meminta Melisa untuk mendengar penjelasannya.

“Saya minta maaf sebab selama ni saya buat-buat tak nampak awak. Saya tak hiraukan awak. Saya buat-buat tak kenal awak. Jujur saya cakap, pertama kali saya melihat awak, saya begitu merindui awak. Rasa macam nak peluk awak je. Saya pura-pura begitu sebab saya ingin menguji awak. Selama kita tidak bertemu ni, saya risau awak mungkin dah lupakan saya. Tapi, ternyata Ana yang saya kenal tidak pernah kenal erti putus asa. Masih seperti dulu. Saya betul-betul gembira. Tapi, sejak beberapa hari kebelakangan ni, awak langsung tidak tegur saya, tak melakukan perkara yang awak sering buat. Saya takut. Saya takut awak berubah hati. Oleh sebab itu, saya menghentikan permainan ini. Nampaknya, saya yang kalah.”

Qi tersenyum. Dia berbicara lagi,

“Ana... Saya minta maaf kerana bergurau dengan awak seperti ini. Tapi, melihat awak mengejar saya, awak betul-betul comel tahu tak? Awak buat saya sedar betapa saya mencintai awak sepenuh hati. Saya juga pegang pada janji saya. Hanya mencintai awak seorang. Saya sayangkan awak... Saya cintakan awak...Saya terlalu rindukan awak...Selama enam tahun ni, saya tertunggu-tunggu saat ni...”
Melisa tersenyum. Tak tergambar perasaannya.

“Tapi Qi. Macam mana pulak dengan perempuan hari itu?”
Qi tersenyum lagi,

“Itu kakak saya. Dia minta saya balik rumah. Saya ke sini sebab saya tahu awak di sini. Susah payah saya mencari awak kembali Ana.”
Melisa memegang tangan Qi.

“Terima kasih sebab tak lupakan saya, Qi.”

Qi mengeluarkan sebentik cincin daripada poketnya. Dia melutut di depan Melisa.

“Ana, seperti yang kita janjikan. Kita bertemu dan saya akan melamar awak untuk menebus kembali hari-hari awak tanpa saya. Ana, sudikah awak mencari isteri saya?”
Melisa terkejut dengan ucapan Qi. Dia terlalu gembira sehingga menitiskan air mata. Melisa mengangguk tanda setuju. Qi manyarungkan cincin di jari manis Melisa.

“I love you, Ana...”

Melisa mengalirkan air matanya. Tak tergambar perasaan sayang, rindu yang teramat sangat menahan perasaan yang sudah enam tahun terpendam...

“I love you too, Qi.”

No comments:

Post a Comment


Get your own Digital Clock