BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS»

Cinta????

Suatu hari......

Cinta bertaNya KepaDa PersaHabaTan,
"Mengapa engKau DipErLukaN,,..sedangkan MereKa Dah Ada Aku???????

Lalu...
Persahabatan Pun MenjawAb,
"SebaB, Aku BeriKan MereKa SeNyumaN ketiKa Kau beriKan KekEceWaaN..."

Hargai rakan anda ... Hargai juga DIA .

Impian Si Cinderella ~

Assalamualaikum... Anneoyonghaseyo!
Salam sejahtera .. This is Cyra RaracesLzy's blog .. Keep scrolling down this page .....

Ini ialah blog Cyra di mana terdapat antara novel and single story yang dihasilkan oleh Cyra sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik My Novels... Semua sinopsis novel and single story Cyra ada kat situ. Klik Klik Klik!

Kehangatan Cinta Kami Berdua !

-->
BAB 1

Hari ni genap usiaku 16 tahun. Aku sedang melangkah ke dunia yang baru bagi aku. Dunia yang penuh dengan keseronokan. Tak sabar rasanya.

   “Hey, Cyra. Apa kau buat ni?”

 Aku terjaga dari lamunan. Berkhayal. Itu sajalah kerja aku setiap hari dan Eqa bertugas untuk men‘jaga’kan aku dari lamunan dan khayalan aku.

   “Eqa, kan best kalau aku dapat jadi seorang yang popular. Terkenal. Pergi sana sini, semua orang kenal aku. Semua orang dambakan aku. huhu! Seronoknya!” kata aku. Mengimpikan sesuatu yang mustahil.

   “Cyra, Cyra… Sudah sudahlah tu dengan angan-angan kau tu. Aku dah penat dengar.”

   “Hmm... Yalah yalah….”

  Aku berjalan dengan muka yang comel bersama Eqa dan Aida. Kami bertiga kawan rapat. Hari ini, tepat pukul 3 petang, aku dan mereka berjalan-jalan di Midvalley. Shopping, habiskan duit keluarga kami. Siapa lagi yang akan guna kalau bukan kita?

   Tiba-tiba, aku terjatuh. Aku berlanggar dengan seseorang.

   “Aduh!”

Aku tidak melihat wajahnya tetapi yang pasti dia adalah seorang lelaki.

   “Eh, sorry. Awak tak apa-apa kan? Saya minta maaf. Saya tak perasan.”

Pemuda itu meminta maaf daripada aku dan bersuara yang kedengaran agak kerisauan.

   “Cyra!! Kau okey ke?” Eqa bergegas mendapatkan aku yang sudah terjatuh bersama pemuda itu tadi.

   “Aku okey. Jomlah kita pergi.” Aku berlalu tanpa mempedulikan pemuda itu. Pada ketika itu, Eqa terus-terusan memandang pemuda tu.

   “Argh. Skirt aku koyak. Mesti lelaki itu terpijak. Hish!.” kata aku, bengang.

   “A’ah, betullah Cyra. Hmm… Baik kita singgah mana-mana butik jap. Aku carikan kau skirt lain.”

Di dalam sebuah butik,

    “Eqa, okey tak yang ni?” kata aku sambil meragakan pakaian yang aku cuba di butik itu. Tetapi, Eqa hanya termenung.

 “Eqa?” Aku yang tersedar dengan sikap ganjil Eqa itu pun cuba untuk mengetahui apa yang Eqa fikirkan. “Kau kenapa?”

Eqa terjaga dari lamunan.

    “Kau kenapa Eqa? Dari tadi aku tengok kau termenung. Ada masalah ke?” kata aku.

“Tak. Tak ada apa-apa.”

“Betul ni?”

Eqa mengangguk.

“Oh ya. Baru aku perasan, Aida mana ya? Mana dia pergi?” kata aku.

   “Dia pergi ladies agaknya.”

Tiba-tiba Aida datang dengan termengah-mengahnya, masuk ke dalam butik itu dan duduk di tepi aku sambil memegang beg-beg shoppingnya.

   “Eh, guys. Puas aku cari korang. Terus menghilang ya?”

   “Eh, Aida. Kitorang ke kau yang menghilang? Dah, dah. Tolonglah aku cari skirt ni. Skirt aku koyak tahu tak masa terlanggar seorang mamat ni.”

    “Koyak? Kau nampak muka mamat yang langgar kau tu? Handsome tak dia,” kata Aida.

“Apa yang kau cuba nak cakap ni?Aku tak nampak pun and aku tak ada hati nak tengok. Dahlah koyakkan skirt aku.”

Aida tersenyum. Dia kemudiannya mengajak Eqa keluar sebentar. Aku membiarkan saja mereka.

  
BAB 2

    Selang dua tiga hari…
Aku berada di kantin sekolah. Bersendirian. Aku memerhati pelajar yang lalu lalang di pintu pagar sekolah. Menanti Eqa yang tak kunjung tiba sambil mendengar perbualan orang.

   “Eh, comelnya mamat tu,” kata seorang budak perempuan yang merupakan pelajar sekolah itu bersama kawannya.

   “Oh. Dia itu classmate aku lah. Baru je masuk sekolah ni minggu lepas. Dengar cerita, masa dia dekat sekolah lama, dia sangat popular tau,” kata rakannya.

   “Yakah? Kalau macam tu kenalkanlah pada aku.”

   “Susah nak cakap tapi, dia tu tak suka layan perempuan. Tengok, si Shasya yang lawa tu pun dia pandang sebelah mata je.”

  ‘Hmm… mamat mana yang mereka cakap ni?’ fikir aku. Tak sangka aku dah pandai curi-curi dengar perbualan orang sekarang.

Aku pun menoleh dan tercari-cari lelaki yang dikatakan ‘comel’ tadi. Eh! Lelaki itu! Memang betul-betul comellah.


   Malam itu, aku asyik memikirkan wajah lelaki comel itu saja. Aku menulis di blog aku yang bernama ‘Luahkan Perasaanku…’

Cinta pandang pertama? Kenapa cinta ini mudah sangat tercipta? Sesiapa pun boleh terperangkap di dalam kotak cinta ini. Suatu percintaan yang sangat bahaya di mata Mizz Lady ini.’

   Tidak lama lepas itu, status aku dilike oleh seorang peminat setia blog aku.

‘I love the way you write. Seem like you are through it now. Am I right?

‘Eh, Mr. A ni comment status aku?’ fikirku, hairan. Aku pun membalas commentnya.

‘Ya. How did you know? I like that boy but it too dangerous to love him.’

‘Why? Because he didn’t know it? Just go for him. Tackle his heart. He’s for you if you try harder.’

  Aku memikirkan kata-katanya. Lalu membalas,

‘Hmm… Maybe you right. I will do that. Thanks for that suggestion and support. I really appreciate it.’

 Welcome!’

  Terlintas di fikiran aku untuk bertanya kepada Mr. A itu.

  ‘By the way, Mr. A , who are you really is hah? Can I know?’

   Mr. A terus tidak reply. Aku menunggunya sambil update blog aku. Setelah itu, aku baring di atas katil dan mengingat kembali wajah ‘lelaki comel’ petang tadi. Tiba-tiba, handphone aku berdering.

   “Hello? Cyra!” kata si pemanggil.

‘Ni macam suara Eqa je,’ fikir aku.

   “Cyra!!! Kau dengar tak?” Eqa menengking kepada aku. Wah! Sakitnya telinga aku.

   “Hello? Aku dengar ni. Ada apa call?” jawab aku.

   “Ada apa kau cakap? Kau pergi mana petang tadi? Penat aku tunggu kau, tahu tak?”

   “Hey, kau cakap kau tunggu aku lama? Aku lagi lama tahu tak tunggu kau. Last-last, aku balik jelah. Tak nampak pun kau.”

   “Aku tunggu lagi lama lah!”

   “Aku lah!”

   “Aku!”

 Ya, ya, ya. Semalaman aku bergaduh mulut dengan Eqa.


BAB 3

 Esoknya, aku datang sekolah dengan mata yang kuyu gara-gara bergaduh dengan Eqa hingga lewat malam.

   “Cyra… Mana Eqa?” tanya Aida yang melihat aku baru saja sampai masuk sekolah pagi itu.

   “Tak tahu,” jawab aku.

   “Aik? Selalunya korang selalu bersama kan? Gaduh ke?”

   “Aida… Dia kan………” kata aku. Tetapi, belum sempat aku hendak memberitahu perkara sebenar Aida telah pun,

   “Eqa!!” jerit Aida.

Ya. Aida terus meluru ke arah Eqa setelah terlihatnya di pintu pagar sekolah tanpa mempedulikan aku.

 ‘Hish. Aida ni,’ kata aku, bengang.

   “Eqa, sinilah cepat.” jerit Aida sambil menarik-narik tangan Eqa menuju ke arah aku.

 Sesampai sahaja mereka, aku dan Eqa, menoleh ke arah lain, seolah-olah tidak mahu memandang antara satu sama lain. Aida meninggalkan kami berdua.

  Aku memulakan kata, 

“Hmm… Mata aku dah sembab.”

 Eqa diam buat sementara.

“Aku pun.” katanya perlahan.

“Tapi… Aku tetap tak salah,” katanya lagi.

“Aku pun,” jawab aku.

“Jadi……”

  Aku dan Eqa sama-sama berkata,

“Aku minta maaf!” kami terkejut kerana serentak meminta maaf. Aku dan Eqa menoleh sesama kami dan ketawa. Aku terus memeluk Eqa.

“Kita ni, tak boleh gaduh lama-lama kan?” kata Eqa.

“Yalah. Tapi, seronok dapat bergaduh dengan kau! Haha!”

“Aku pun.”

Aku memeluk Eqa lagi sampai ketawa. Aku ternampak lelaki itu lagi. Dia form berapalah agaknya.

“Cyra. Kau tahu tak kat sekolah ni, ada budak baru lagi?”

“Budak baru? Entahlah.” jawab aku kerana tidak berminat hendak mengambil tahu.

“Aku nak tahu lah siapa,” kata Eqa.

“Kalau kau nak tahu, kau pergi dengan Aida saja ya. Aku tak berminat nak tahu.”

“Laa, Cyra. Kau ni selalu macam ini. Kau tak teringin ke nak ada boyfriend macam kitorang?” Eqa cuba untuk mengubah hati aku yang keras ini terhadap lelaki.

“Tak. Nanti aku patah hati lagi. Cukuplah sekali,’ jawab aku seakan-akan marah. “Tapi, kau ada boyfriend ke?”

“Tak ada pun. Ish, nak tipu kau sikit pun tak boleh. Hrmm, Eman tu memang tak guna. Tapi, tak bermakna lelaki-lelaki lain pun tak guna tau!” marah Eqa sambil mengenang kisah lalu ketika aku dulu masih hendak mengenali erti cinta.

“Bagi aku semuanya sama je.” Aku terus berlalu dari situ meninggalkan Eqa.

  Loceng pun berbunyi, menandakan waktu persekolahan akan berjalan seperti biasa.

_____________________________________________________________________________________

-->

BAB 4

  Pada waktu rehat pagi itu, aku duduk sahaja di dalam kelas dan melihat ke luar tingkap sambil memegang sebatang pensel dan kertas lukisan. Fikiranku kosong dan aku termenung lagi.


*    *    *    *    *
     ‘Eman. Seorang lelaki yang kacak tetapi menggunakan kekacakannya untuk memikat hati semua perempuan. Termasuk aku. Aku jatuh hati padanya ketika pertama kali aku terlihat dia. Suatu hari, dia bertemu aku dan mengusik aku. Dia seolah-olah cuba untuk tackle aku. Dia melayan aku dengan penuh mesra sehingga aku sangkakan dia juga suka pada aku. Malam itu, aku dan dia berbual di telefon. Aku suka dengar gelak tawanya. Comel. Tiba-tiba, dia senyap seketika. Dia berkata pada aku,

“Cyra, sudi tak awak jadi kekasih saya? Saya rasa bahagia bila dapat bercakap dengan awak.”

Aku dengan gembiranya terus menjawab ‘ya’ tanpa memikirkan akibatnya. Kemudian, aku terdengar suara ketawa. Eman mentertawakan aku. Kemudian terdengar suara-suara yang lain turut mentertawakan aku. Aku berasa hairan lalu bertanya kepada Eman.

“Eman, kenapa awak ketawa? Suara siapa itu?”

“Cyra sayang…… Terima kasih ya?”

 Aku kehairanan ketika itu. Eman menyambung ayatnya lagi.

“Terima kasih sebab buat aku kaya. Suara-suara yang kau dengar ni, suara kawan-kawan aku lah. Mereka cabar aku untuk buat seorang lagi perempuan terima aku sebagai teman lelaki and biar dia suka kat aku. Dengan ini, pecah rekod lah aku, 100 orang girlfriends dalam masa sebulan.”

Aku terdengar suara ketawa lagi dari mulut Eman. Aku terus menitiskan air mata. Hati aku sangat sakit. Aku benci dia. Aku berkata kepadanya,

“Terima kasih Eman. Awak memang pelakon yang paling hebat. Lepas ni, jangan harap saya akan jatuh cinta lagi. Terutama dengan awak, Eman!!!” aku meninggikan suara kepadanya dengan suara teresak-esak aku.

“Hey, Cyra. Aku pun tak hairan lah. Aku tak ingin pun dengan kau. Seronok tak kena main dengan aku?” Eman menyambung ketawanya lagi. Dia begitu seronok mempermainkan aku. Aku terus mematikan panggilan telefon itu.

  Semalaman aku menangis kerananya pada waktu itu. Aku benci dia. Sejak itu, aku bertekad untuk tak terima sesiapa lagi menjadi kekasih aku. Eman dah tinggalkan sejarah buruk pada aku. Kekasih pertama yang menghancurkan hati aku.’

*   *    *    *    *


BAB 5


   “Cyra! Kenapa kau tinggalkan aku tadi?” Eqa memegang bahu aku dan melihat aku. Wajahku  sangat muram. Eqa berkata lagi,

   “Cyra, kenapa kau ini? Kau marah ke aku sebut nama Eman tadi? Aku minta maaflah.”

 Aku menidakkan kata-katanya,

   “Taklah Eqa. Aku dah lupakan dia lah. Dia tak ada erti dalam hidup aku lagi. Maaf sebab aku tinggalkan kau tadi.” Aku memandang Eqa dan tersenyum. Namun mata aku masih menampakkan kesedihan hati aku mengimbas peristiwa pahit itu. Aku mengajak Eqa ke kantin tapi, dia pula yang termenung di situ.

  Eqa mungkin berasa bersalah kerana menyebut nama Eman tadi. Aku membuang jauh-jauh fikiran aku tentang Eman tadi. Aku menarik nafas dan senyum. Aku menarik tangan Eqa dan berwajah ceria kembali. Aku tak mahu kawan aku bersedih kerana aku. Aku tak mahu Eqa berasa bersalah disebabkan sikap aku. Eqa tersenyum dan semasa dia hendak bangun dari tempat duduknya, lukisan yang baru sahaja aku siapkan itu terjatuh. Eqa mengambilnya dan membuat ekspresi wajah yang terkejut.

“Cyra, ini…” Eqa terdiam. Sememangnya aku telah melukis wajah lelaki comel itu dan di bawahnya tertulis ‘ I will have you.’ Eqa memandang aku. Dia ingin mendapatkan kepastian.

“Cyra, kau suka lelaki ini?”

“Aku…” aku terdiam. Aku berfikir kalau aku jawab ya Eqa pasti sudah tidak berasa bersalah lagi, jadi aku pun mengangguk tanda menjawab ya. Eqa sangat teruja ketika aku mengangguk. Aku pun berkata,

“Jadi, kau tak payahlah rasa bersalah tentang tadi lagi ya. Aku dah mula sukakan orang lain. Jadi kau tak perlu risau.”  jawab aku dengan senyuman, walaupun semua ucapan aku tadi tipu belaka. Aku terpaksa berbohong kerana sayangkan Eqa.


BAB 6

  Habis sahaja waktu persekolahan, aku berjalan kaki pulang ke rumah sambil membelek-belek koleksi lukisan-lukisan aku ini. Aku memandang ke hadapan dan terkejut melihat lelaki comel itu berada di hadapan aku. Lukisan-lukisan aku terlepas dari pelukan dan terjatuh ke bawah. Sebahagiannya telah terbang ditiup angin. Tetapi, aku masih berdiri kaku di situ. Aida, yang melihat keadaan aku yang serba pelik terus menghampiri. Dia menggoyang-goyangkan badan aku.

     “Cyra… Cyra… Cyra!!!”

  Aku terkejut dan memandang Aida. Aida menyambung bicaranya lagi,

     “Cyra, lukisan kau dah berterabur tu. Tengok!”

   Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Ya Allah! Lukisan aku! Aku terus mendapatkan kesemuanya. Namun, ada satu hasil lukisan aku telah hilang. Aku pun pulang ke rumah dengan beribu soalan di kepala. Dia nampak ke aku pandang dia tadi? Dia nampak ke apa yang terjadi tadi? Kenapa aku boleh pandang dia sampai begitu sekali? Peliknya perasaan ini. Aku menidakkan perasaan aku.

   Sesampai di rumah, aku terus membuka blog aku untuk update status aku. Walaupun aku suka berjiwang seperti orang yang sedang dilamun cinta, namun itu hanya sikap suka menulis ayat-ayat cinta aku sahaja. Aku sama sekali tidak mempunyai minat untuk bercinta ataupun memikat hati jejaka lain. Aku sudah tekad.

  Aku mendapati Mr. A sudah membalas pertanyaan aku semalam.

‘Saya Mr. A. Maaf, saya tak boleh beritahu awak siapa sebenarnya saya. Sebab saya tak biasa kenalkan diri dengan orang yang saya tak kenal. Tapi, saya suka status-status yang awak post kat blog awak ni. Jiwanglah. Saya suka baca. ’

  Wah!
 Aku pun membalas,
Oh, yakah? Terima kasih. Tak sangka awak minat baca status saya. Sebenarnya, ini semua adalah apa yang terjadi dalam hidup saya yang sebenar.’

  Tak lama lepas itu, Mr. A like comment aku. Aku berchatting dengan dia seharian. Aku mendapati dia ini sangat baik dan mesra. Aku senang dapat berkawan dengannya.

Selang dua tiga hari, aku dan Mr. A menjadi semakin rapat. Hubungan akrab kami membuatkan aku sering membuka blog aku dan berchatting dengannya. Namun, nombor telefon aku tetap private. 
-->


BAB 7

Keesokan harinya, aku terbangun lewat. Oh, tidak! Aku dah lambat. Lagi 10 minit sebelum kelas bermula. Dengan berbekalkan tiga minit saja, aku bersiap dengan segera. Aku mencapai beg sekolah aku dan berlari ke sekolah.

Sesampai di sekolah, loceng pun berdering. Langkah aku terhenti di pintu pagar kerana termengah-mengah. Hush! Nasib baik sempat. Tiba-tiba seseorang menghampiriku.

“Huh! Penatnya. Nasib baik sempat sampai,” katanya.

Aku pun memandang ke arahnya kerana ingin tahu siapa. Aku terkejut kerana dia ialah lelaki cyang aku minati itu. Aku memandangnya dengan pandangan yang agak terkejut dan hairan dan juga kaku sekali lagi. Dia juga termengah-mengah seperti aku. Dia lambat hari ni. ‘Mamat’ itu memandang aku dan tersenyum. Dia terus masuk ke dalam sekolah. Aku memerhatikan lagaknya dari jauh. Pakaiannya, beg yang disandangnya, kasutnya, rambutnya. Sungguh bergaya. Walaupun dia berlari-lari tadi. Aku terpaku sebentar melihatnya.

Eqa yang melihat keadaan aku itu pun mendekati aku. Dia sedar aku sedang terkakul memandang seseorang. Dia pun mengalihkan pandangannya ke arah mana yang aku pandang.

“Oh! Dia ke orangnya?”  kata Eqa dan kata-katanya mengejutkan khayalanku. Aku kelam kabut mengelak soalan Eqa kerana menahan malu.  Aku terus berkata,

“Eh, Eqa. Bila kau ada kat sini?”

“Aku nampak kau dekat sini. Tu aku datang. Tapi, aku perasan jugak kau tengah tengok seseorang. Dia ke orangnya?”

“Orang apa? Mana ada. Bukan dialah.” Sedang asyik aku berbual dengan Eqa, tiba-tiba ada suara yang menegur,

“Hmm, tak reti-reti lagi ke nak masuk kelas? Dah lah berdiri betul-betul depan pintu pagar sekolah. Awak berdua ini datang lambat ke?” seorang pengawas menegur kami. Aku tersengih-sengih lalu berkata,

“Eh, sorry-sorry. Kami dah lama kat sini. Tak sedar loceng dah bunyi. Kami pergi dulu ya. Baik-baik ‘jaga’ pagar ni. Takut jatuh.” Sempat lagi aku bergurau di situ. Aku terus berjalan bersama Eqa menuju ke kelas.

Loceng berdering lagi… Eqa terus mendapatkan aku.

“Cyra! Jom pergi kantin. Laparlah.”

 ‘Eh, sudah waktu rehat rupanya. Tak sedar waktu berlalu begitu pantas. Apa yang aku belajar sebentar tadi pun aku tak tahu. Rasanya, aku hanya berkhayal dan termenung saja tadi.’ kataku di dalam hati.

“Cyra…… Kau termenung apa lagi tu? Jomlah.” Eqa menggesa aku dengan menggoyang-goyangkan badan aku. ‘Kebulur’ agaknya budak ni.

“Yalah. Aku nak gerak lah ni,” jawab aku sambil perlahan-lahan bangun dari tempat duduk aku. Kelihatan mejaku tersusun rapi seperti tak berusik langsung. Sah aku tidak memegang sebarang buku pun tadi. Hanya berkhayal. Itu adalah hobi aku yang tak boleh aku kawal.

Selepas saja Eqa selesai makan, kami duduk-duduk di taman sekolah. Taman yang pada aku sangat cantik, dengan susunan bunga-bunganya. Rona-rona warna pada bunga-bunga itu. Sememangnya itu hanya tempat para pelajar perempuan merehatkan minda. Tapi, ada satu sudut taman yang agak terpencil dan tidak ramai yang pernah duduk-duduk di situ. Taman yang penuh dengan ros. Ros merah. Tempat itu sangat suram namun pada aku, di situlah tempat yang sesuai untuk aku meluahkan segala pahit manis aku. Kalau aku ada masalah, aku akan ke situ. Menangis, atau meluahkan segala-galanya. Hanya ros merah pendengar luahan hati aku yang setia. Sentiasa sedia mendengar dengan berkembang, membesar dengan baik. Setiap hari. Memberikan ketenangan di dalam hati aku.


BAB 8

“Cyra… Cyra… Cyra…”

“Kau tengok, dia berkhayal lagi. Teruk betul penyakit budak ni. Orang panggil banyak kali dia boleh tak dengar?”  terdengar sayup-sayup suara Eqa dan Aida.
Namun aku tidak menghiraukannya sehingga suara yang paling tak sedap didengar terpekik di telinga aku. Suara lantang Eqa.

“Cyra!!! Kau mimpi lagi ke?!!”   Aku terkejut dengan suaranya. Kelihatan Eqa dan Aida di hadapan aku dengan menggalas beg sekolahnya lalu berkata,

“Eqa. Kau terkejutkan aku tahu tak?” kata aku.

“Aku pulak? Kau tu yang aku panggil-panggil tak dengar. Kau tahu sekarang dah pukul berapa?”

“Aku tahu, mesti dah habis rehat kan? Dah, dah. Jom masuk kelas.”

“Hey, kau mengigau? Sekarang dah time balik tau. Kau dahlah hilang entah ke mana lepas Aril kenakan kau tadi. Penat-penat kami cari kau sampai ke Taman Ros ni, tahu tak! Sekarang kau boleh kata macam itu. Kau ni sihat ke tak?”

“Aku…” aku terkejut dengan kata-kata Eqa. Kenapa aku boleh tak ingat dengan perkara itu? Apa yang terjadi kepada aku ini? Aku memandang serius kata-kata Eqa.

“Nampaknya, otak aku mula malas berfikir dan sentiasa menyuruh aku untuk berkhayal!” kata aku dengan penuh kerisauan.

“Hey, apa kau cakap ni? Bukan otak kau yang malas berfikir tapi dah banyak fikir. Itulah kau. Lain kali jangan beratkan otak kau itu dengan perkara remeh-temeh macam ni. Dah! Kau tak payah fikir lagi apa yang Aril cakap tadi.” aku mendengar setiap inci perkataan Eqa. Tapi, yang aku tidak mengerti ialah apa kaitan Aril dalam soal ni? Aku pun bertanya kepada Eqa,

“Eqa, tadi… Aril buat apa?”

“Hmm… kau tak ingat? Kau nak aku cerita balik?” Eqa menjawab dan aku hanya menganggukkan kepala dan menjawab “Ya!” kepadanya.

“Tapi, sebelum itu. Kau pergi ambil beg kau kat kelas dulu. Kitorang tunggu kau kat kantin. Kau tahu tak, gara-gara kau hilang ni, aku terpaksa tipu cikgu, cakap kau sakit dan tengah rehat kat bilik rawatan, tau tak? Nasib baik tak terkantoi.”

 Aku memandang Eqa dan mencium pipinya seraya berkata, “Terima kasih Eqa.” Eqa terkejut dan hendak marah tetapi aku cepat-cepat lari lintang-pukang ke kelas aku kerana takut ditampat olehnya. Aku cium pipi ya, bukanlah bermaksud aku ni suka kaum sejenis. Aku saja mahu kenakan Eqa. Lagipun, aku sayang dia. Kawan aku yang paling baik.



BAB 9

 Malam itu, aku terfikir akan kata-kata Eqa. Tak seharusnya aku menghilangkan diri dan menangis hanya kerana Aril mempermainkan aku. Tiba-tiba, terdengar sayup-sayup suara tentang kejadian pagi tadi di mindaku.

*    *    *    *    *

“Cyra… Tau tak. Ada orang suka kau… agak-agak kau siapa ya?” kata Aril.

“Siapa? Tapi, kau ingat aku nak tahu ke?” jawab aku.

“Meh sini aku bisik.” Aril merapatkan bibirnya ke telinga aku sambil meletakkan tangannya di sisi telingaku. Dia memulakan bisikannya,

“Kau kenal kan budak lelaki yang baru masuk sini tu kan?” bisik Aril sehingga membuat aku menjadi penasaran nak tahu cerita selanjutnya. Aku mengangguk soalannya itu. Dia berbisik lagi,

“Dia suka kau.” Aku terperanjat dengan kata-katanya. Kawan-kawan aku sibuk menarik-narik aku kerana ingin tahu apa yang Aril katakan tadi. Pada ketika itu, tak dapat aku bayangkan betapa gembiranya hati aku. Aku ingin saja bertemu dengannya ketika itu juga. Tapi……

*   *    *    *   *

    “Kak? Kakak? Kak Cyra!!”

Aku terkejut. Aku masih berkhayal lagi rupanya. Tidak. Itu bukan khayalan. Aku hanya teringat peristiwa itu. Baru saja aku dapat mengingat peristiwa itu, dah ada yang kejutkan.

   “Kak Cyra, khayal lagi ke?” kata seorang budak perempuan yang bersuara comel dan kecil. Usianya baru lima tahun. Dia datang dengan membawa botol susu di tangan kanannya, dan patung beruang di pelukan tangan kirinya.

   “Ya adik. Kenapa? Kenapa panggil kakak?” tanya aku.

   “Mama suruh kakak jaga adik. Mama pergi keluar. Mama kata hari ni kakak kena masak sendiri,” kata budak kecil itu yang merupakan satu-satunya adik aku.

   “Oh, yakah? Tak apalah. Sini adik, kakak tidurkan. Tidur sama kakak ya hari ini?” aku mengangkat budak itu dan membiarkannya berbaring di sebelahku. Jam menunjukkan sudah pukul sembilan. Aku mendodoikannya tidur. Comel sungguh adik aku ketika itu. Serupa dengan aku masa kecik-kecik dulu. Bahkan lagi comel.

  Setelah itu, aku turun dari tempat tidur dan menuju ke dapur. Aku tercari-cari bahan untuk dimasak kerana perut aku sudah berkeroncong. Tiba-tiba, telefon rumah aku berdering. Aku pun mengangkat panggilan telefon itu.
 
“Hello?” kata pemanggil itu.

   ‘____ suara tu!’ Aku terdiam buat seketika. Pemanggil itu berkata lagi,

“Assalamualaikum. Awak kenal saya tak?”

“Err….” balas aku.

“Hmm. Maaflah saya mengganggu awak malam-malam ni. Saya cuma nak pulangkan handphone Cyra. Kat sini ada yang namanya Cyra tak?” 

 ‘Handphone?’ fikirku. ‘Sejak bila handphone aku hilang?’ Aku pun bertanya kepadanya,

   “Maaf ya. Tapi, handphone saya?”

   “Ermm… Awak masih tak perasan ke? Awak dah hilang handphone awak. Buktinya, ada dekat saya.”

   “Hah? Hilang? Sekejap ye, saya nak cari kat bilik saya kejap.” aku segera meninggalkan telefon itu dan mencari telefon bimbit aku. Ternyata, memang tak ada. Aku pun mencapai ganggang telefon rumah aku semula. Aku berkata lagi padanya,

   “Maafkan saya ya. Saya tak sedar saya dah cicirkan handphone saya. Ermm. Awak siapa ya? Macam mana handphone saya boleh ada kat tangan awak?”

   “Sebenarnya, siang tadi, masa rehat, awak lari then terlanggar saya sampai saya terjatuh. Sakit tau. Tapi, lepas terjatuh, awak terus lari tinggalkan saya. Masa itu, saya tengok mata awak berair. Awak menangis ya waktu itu? Maaf kalau saya tanya ni.”

 ‘Menangis?’ aku tiba-tiba teringat peristiwa selepas Aril mengatakan lelaki yang aku suka itu, suka aku dan segala-galanya.

*    *    *    *    *

 “Aril, betul ke? Kau jangan tipu aku.” Aril melemparkan senyuman lalu berkata,

“Betul Cyra. Hihihi.” Dengar sahaja kata Aril itu, aku seumpama tidak memijak tanah. Wah! Bahagianya. Aku terus mahu mencari lelaki itu, tetapi, Aril…
Aril memanggil aku,
    
    “Cyra!!! Kau nak pergi mana? Cari mamat itu ke? Kalau kau nak tahu, hari ini kan 1 April. Jadi kau tahu apa maknanya?”

 Aku memandang Aril. Jelas-jelas aku tidak faham maksudnya. Aril berkata lagi,

“Cyra, APRIL FOOL! Semua itu tipu jelah. Kelakar lah muka kau tadi. Hahaha.” Aril mentertawakan aku dan semua pelajar yang mendengar peristiwa itu. Aku terdiam. Hati ini terasa sakit. Sakit sangat. Tak lama lepas itu, air mata ini beransur menonjolkan dirinya. Aku cuba untuk menahannya keluar. Aku terus melarikan diri.

  *    *    *    *    *

   Panggilan telefon tadi telah dimatikan. Mungkin kerana aku tidak menghiraukannya selama beberapa minit. Aku terduduk setelah teringat peristiwa itu. Hati aku kembali hiba. Sakit rasanya ditipu seperti itu. Aku tidak pernah mengharapkan dia datang dan cakap dia cintakan aku. Tapi, semenjak kejadian itu, aku terasa aku semakin sukakan dia. Perasaan ini… semakin mendalam… mungkinkah perasaan suka ini, telah bertukar kepada cinta? Aku ingin menafikan kebenaran itu, tapi aku tak berdaya. Tak berdaya sehingga……

No comments:

Post a Comment


Get your own Digital Clock